Sisipan Warkah Seorang Maya

Khamis, 20 Mac 2014

Puding Trifle Untuk Muiz dan Kawan-kawan...

Weeee.........assalamualaikum...dah lama tak conteng-conteng kat blog ni...azam jer nak rajin tapi...ehemm alahai... so hari ni kita update satu ok!

Bulan ni berita paling gempar adalah kehilangan pesawat MAS MH370...sungguh misteri..bagaimana kapal terbang yang besar dan canggih boleh hilang tanpa jejak.kalau ikut otak daku yang suka tengok CSI dan seangkatan dengannya ni, dah fikir macam2 dah....walaubagaimanapun sebagai seorang Islam, percaya bahawa kuasa Allah Maha Besar mengatasi segala-galanya yang terfikir akal kita insan yang kerdil ini. Daku doakan semoga segala usaha pencarian berhasil. Semoga dipermudahkan kerja dan usaha setiap daripada mereka yang terlibat di dalam menjejaki MH370 yang hilang...

kat sini pun ade tau...pakat ramai2 mai sign bagi kata2 sokongan, doa dan harapan...yg mana sign mama? hehehe...
Okay..selain itu, Bulan Mac adalah bulan kelahiran Muiz Zharif. So this year, on 16th of March..Muiz dah masuk 3 years old! Hooray....dah besar..alhamdulillah.bulan ni nampak sehat2 ajer...kesihatan yang memberangsangkan nampaknya..sebab tu mama tak sabaq nak bagi hangpa besar cepat2..makin kuat antibodi.dah jarang demam, selsema dan batuk...tapi ohhh semakin hangpa besaq, semakin mama "tua" ha h a ha....

So, sempena hari jadi abang Muiz, mama cadang nak buat makan-makan sikit, jemput kawan2 terdekat, jiran..al maklum lah baru pindah juga..tapi kan dah timbul isu di atas, makanya abah pun kena keja, asyik takde kat rumah...jadi kita tangguhkan dulu la jamuan tu.. cuma mama buatkan lah sedikit saguhati untuk Muiz, Aisyah dan kawan-kawan kat taska... Puding Trifle seperti di bawah...hihihi :)

Bahan-bahannya mudah sahaja... kena ada kek, kek gulung lah biasa orang guna..tapi disebabkan mama nak buat versi bekas kecik2 ni, so mama guna kek lapis apollo jer..ok kan ..potong dua je dan susun terus ke dalam bekas jadi lapisan paling bawah..

ni dia kek apollo perisa coklat
susun kek yang dah dipotong dua kat dalam bekas
Lapisan ke-2 lepas kek tu, letak kastard...senang jer...1 tin susu sejat/cair, 2 sudu besar gula dan 3 sudu besar tepung kastard. Masak atas api sederhana...kacau2 jangan sampai berketul tau...biar likat..padam api..bagi sejuk sikit..tuang atas kek tadi... 
masak kastard sampai likat macam gam cair..hehehe...
Sementara tu, masak pula agar2 peket yang 10gm tu dengan 1 liter air..campur gula sikit ikut lah rasa, sebabkan nak bagi adik2 jadi mama buat kurang manis, sebab kek tu dah manis..kastard pula dah ada rasa susu..so sedang elok ajer...
masak agar-agar kristal, mama taruh sirap rose biar kaler merah dia chantek

Buat lah proses melapis-lapis tu...sampai habis...tapi mama punya nak cepat, takdan nak lapiskan dengan buah..nak beli buah dalam tin, macam tak best jer..jadi simple macam ni pun oklah...
atas kek, letak lapisan kastard, lepas tu atas dia buh jeli pula

tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk
So..itulah puding trifle yang ringkas jer..dan kos rendah (ha ..ha...ha...), redah jer guna apa ada kat rumah.
Siap untuk dihantar kat taska untuk abang Muiz dan kawan2 dan pengasuh..he he he... takda lebih untuk kawan2 ofis mama pun..bahan ngam2 ajer... next time ok!