Sisipan Warkah Seorang Maya

Selasa, 14 Julai 2015

Kuih Tepung Bungkus

Assalamualaikum...... selamat pagi chenta ku...

Sekejap masa berlalu...Ramadhan kini semakin hampir ke hujungnya...tak banyak hari dah nak raya. Tahun ni insyaAllah nak beraya dulu di my hometown- Perak terchenta jugak...

Nak cerita apa pula kali ni? Hmmm tak lain tak bukan pasal juadah buka puasa. Sejak-sejak duduk di utara ni, daku memang kena me-rajin-kan diri dengan aktiviti memasak..atas alasan-alasan yang logik diterima akal daku...

1- anak-anak dah membesar dan pandai makan, jadi better and the best masak sendiri ok
2- jauh sangat nak ke satu2 kedai kat sini..bukan macam masa di Ipoh, semuanya available around the corner je
3- dah tua dah daku ni, bila lagi nak mahirkan diri dengan masak-memasak kan? kuang3x...

Jadi entri ni nak cerita pasal kuih yang dulu arwah Opah pandai buat, Tepung Bungkus atau daku masa kecik2 dulu panggil lepat tepung (ha ha ha.....). Kuih ni sangat sedap pada rasa lidah daku, daku pun tak tau pasal apa..maybe tekstur tepung beras tu tak sama dengan tepung lain. Memang citarasa orang tua-tua betul daku kan? :P

Daun pisang sekitar rumah dah mula tumbuh, jadi ada peluang nak buat kuih yang guna daun pisang... tak susah sangat nak buat kuih ni.senang je rupanya..hehehe daku pun baru tanya balik pakcik Gugel macammana nak buat kan...so, tekad dengan harapan nak merasa kuib Tepung Bungkus air tangan sendiri.

Bahan-bahan utama nak buat tepung bungkus
Buat inti kelapa dulu
masak tepung beras dan santan

Masak sampai likat macam ni

bungkus dengan daun pisang yang dah dilayurkan
tada....dah siap

Siap sudah tepung bungkus ku...Alhamdulillah sedap juga lah di rasa lidah ku hehehe :P  macam biasa, anak-anak adalah testimoni daku..kalau anak kata sedap, maka sedap lah tu...