Sisipan Warkah Seorang Maya

Isnin, 14 April 2014

Biskut Marie pun menjadi Puding... Keledek menjadi Bingka...

Assalamualaikum...Salam ceria di hari Isnin... ceriakah anda? ha ha ha buat2 ceria sudahlah bagi mengurangkan tekanan Monday Blues...jika anda memang suka kerja, takde pun istilah blues2 semua ni kan..hapieee jer pergi kerja... :)

Bagi daku yang selalu menghadap hujung minggu yang tak ke mana-mana ni...tak sempat nak merasa kebosanan sebab budak berdua kat rumah ni dah happening sangat dah...duduk di rumah pun dah tak cukup jam..inikan pula nak berjalan-jalan...cuma sekarang ni, sebelah pagi atau petang rajin pergi taman permainan atau pusing kuarters naik beskal.. :)

So, sabtu lepas buat kek /bingka keledek kentang...ahad nya pula buat puding pelangi marie-na..hehehe nama tak boleh blah kan? biskut marie jer pun digabungkan dengan nama tuan pembuatnya...hehehe...

Bingka Keledek Kentang
Hah yang kat bawah ni gambar bingka keledek kentang daku yang sempat disnapkan gambarnya. Mudah je nak buat..mula-mula rebus kentang dan keledek. Daku guna 2 biji kentang je yang selebihnya keledek 8 biji. ni sebab keledeknya comel2 jer saiznya tu yang guna sampai lapan biji. Bila dah siap rebus, lecek-lecekkan bagi keledeknya penyek..ketepikan dulu..sambil tu pukul 2 biji telur, 1/2 cawan gula dan setengah ketul mentega 250gm tu. Tambahkan 1 cawan tepung gandum. Bila dah sebati, baru masukkan ubi yang dah dilenyek tadi. Gaul rata lagi sampai dapat adunan macam nak buat kek tu. Masukkan ke dalam loyang then bakar lah ikut oven masing2...hehehe yang kat bawah ni hasilnya. sedap dan gebus je rasanya..lembut sekali!
bingka daku dah siap bakar...tapi diterbalikkan sebelum dipotong

ni hah tekdtur dia bila dah dipotong...sedappp..lembut je isi kentang dan keledek tu
Puding Marble Marie-na
Yang kat bawah ni pula projek seterusnya iaitu puding biskut marie...perlu ada bahan2 macam dalam gambar kat bawah. Serbuk agar2, susu sejat or susu UHT full cream pun bleh, dan tentulah biskut marienya perlu ada. Mula2 masakkan serbuk agar2 dengan air dan gula dulu. Daku guna separuh jag 1 liter tu. Sebab nanti kan nak guna susu cair. Sementara tu blenderkan biskut marie, 1 tin susu cair dan susu pekat sikit. Jangan lupa patah2kan sikit biskut tu sebelum masuk blender, nanti rosak blender jangan salahkan ku..hehehe...Bila dah terendam biskut tu, baru blender.lembut skit kan..daku guna 1 baris jer biskut marie tu. Jangan banyak2, tu pun dah rasa dah..bila agar-agar tadi dah masak ok, tuangkan biskut marie yang dah dibelnder tadi. Kacau lagi sampai masak ranum. Api jangan kuat2 pulak. Sat gi hangit biskut tu...Angkat dan bahagikan ikut berapa warna yang diingini. Daku ada 2 color jer. So dapat buat 3 belang jer campur yang warna asal. Tuang di dalam bekas..bekas loyang bleh, bekas macam daku buat ni pun boleh. Bekas kecik2 ni senang nak bagi anak2 makan. bagi sudu je kat depa, pandai ler depa nak sudukan ke mulut nanti hehehe :)  Aisyah pun dah pandai nak suap sendiri. Takmau dah mama suap. Nak berdikari. Mama lepas tu kena standby ler kain mengelap sana sini...ohhhh :P
bahan -bahan asas nak guna untuk resepi ni

adunan agar-agar dan bahan-bahan blend dah siap di masak

bahagi kepada 3 color jer...

layer 1 dan layer 2 dah masuk bekas :)

dah add layer ke3 color hijau..serabut jer design..janji rasanya sedappp :)
Itulah kisah nya...asyik makan desert jer...jangan lupa minum air masak dan makan ulam banyak untuk naturalkan semula asid gula di dalam badan hehehe..... peace! :)

ni budak tecik yang kuat makan tu...ohh bergegar sebab tak diam nak snap gambar hehehe...




Rabu, 9 April 2014

Sup Sarang Burung dan kenangan di IPoh...

Assalamualaikum...selamat pagi alam maya yang indah....

macam lama pulak tak menconteng kat sini ha...templete post dah lama ada tajuk tapi dok masuk kaunter draft aje...so, hari ni ada sedikit masa nak cerita pasal Sup Sarang Burung...hehehe...

Dulu masa mama kerja di Ipoh, (dulu ler sangat yerk...hehehe) kami ada satu port makan yang best di Ipoh tu yang menjual Sup Sarang Burung...tapi kalau nak pergi situ tak boleh hari yang lapar sangat sebab tukang masak dia pukul 9 pagi baru ada..hehe...maklumlah biasa geng makan2 ni pukul 8pagi dah beratur dah pergi breakfast.

Sup sarang burung kat situ memang sedap..ingatkan apa lah sup sarang burung tu kan? rupa-rupanya bihun sup tapi bihun tu telah digoreng terlebih dulu, jadi macam suhun yang makan dengan soto tu..tapi ni bukan suhun tau, memang bihun yang kita duk wat bihun goreng atau bihun singapore tu...

Oleh kerana selalu rindukan Ipoh (ohhh Ipoh memang dekat di hatiku...) , makanya sekali-sekala dok teringat jugak kedai makan tu dan sup yang sedap itu...jadi oleh kerana mama pun ade lah ke-mahu-an untuk memasak jadi kita try buat sendiri di rumah..leh makan ikut suka dan sesedap rasa kita sendiri...huhuhu...

Caranya senang sangat...sebab bendanya cuma perlu ada sup dan bihun yang telah digoreng...kena makan to-geder2...jadi kita kena masak sup terlebih dahulu.. dalam perkara ni kita boleh sediakan sup sayur campur..the protein tu terpulang..nak ayam ke, daging ke, tulang pun ok..

ni sup sayur campur kami...memang suke kasi isi penuh periuk...

bihun yang dah digoreng rangup tau...

taruk bihun dlm mangkuk, baru tuang sup atasnya...best!

Yang bestnya masa makan bihun ni...akan dengar bunyi ssssss......bihun tu lawan dengan air sup tu..ha ha ha macam best jer...tapi disebabkan bihunnya bergoreng, takleh makan selalu...al maklumlah minyak kan..kang kolestrol terlebih pulak..hehehe

Dan paling penting..anak-anak ku Muiz Zharif dan Mirza Aisyah suka sup ayam...jadi depa memang makan benda sup sarang burung ni... okeis :)