Sisipan Warkah Seorang Maya

Rabu, 11 Februari 2015

KITA BAKOR MAKARONI PULA....KITA BAKOR!!!

Assalamualaikum...selamat sejahtera semuanya...

Hopefully everybody sihat selalu...im fine..biasalah ada sakit2 badan sikit dan fenin lalat masih belum hilang...keep counting days....hehehe... :) baru 12 weeks...oh how time flies too fast!

Hari ni nak cerita pasal masak-masak lagi...dah lama dah daku buat benda ni tapi baru ada kesempatan nak update kat blog...ok kali ni kita buat makaroni bakor (cakap Perak sikit yek...huhuhu).


Mula-mula sekali tengok bahan-bahan dulu..kalau tak cukup kena pergi cari di kedai ye.. daku guna makaroni yang beli kat kedai jual barang-barang dari Timur Tengah..brand nak tulis pun dah tak ingat..hehehe...then ada pulak cendawan butang, kentang, daging cincang, susu segar dan paling penting nak tabur kat atasnya adalah cheese..


Langkah pertama kena rebus dulu makaroni dan kentang. Dah rebus sila toskan. 
Sambil tu kita tumiskan cendawan dan daging cincang. Macam biasalah, potong bawang merah, bawang putih. Masa tumis tu jangan lupa tabur serbuk oregano. Kasi bau dan rasa nya sedap.

Sediakan loyang nak bakar makroni ni. Layer yang bawah sekali adalah makaroni dan kentang. 


Lepas tu tuang fresh milk atas lapisan makroni tadi. Then letakkan lapisan kedua tumisan daging cincang pula. Kemudian selang-selikan lagi dengan makroni semula sampai bahan habis.


Siram dengan sos tomato dan sos cili, bagi ada rasa mix pedas dan masam ye. Kalau tak suka, nak guna salah satu pun boleh aja. Then last sekali taburlah cheese sesuka hatimu :)


Sambil melapis-lapis makroni tadi jangan lupa panaskan oven ya. Then bakarlah sehingga kegaringan guna api atas dan bawah. Tadaa......dah siap.leh buat jamuan makan-makan dengan kawan-kawan ye.



Sekian sahaja....macam nak cepat je daku update ni...tata :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan