Sisipan Warkah Seorang Maya

Rabu, 17 September 2014

Suasana Hari Raya Yang Baru Saja Berlalu.....

Assalamualaikum... selamat hari2 yang ceria :)

Bersarang bah blog ku ini..he he he...ada idea nak cerita tapi tak sempat nak taip banyak2 kat sini...macam banyak pula yang dah kerugian untuk dicoret jadikan kenangan... :)

Okey...disebabkan baru saja berlalu Syawal dan tak berapa lama lagi dah nak raya Haji pun..maka nak conteng-conteng sikit pasal Hari Raya..

kad raya online untuk tahun ni...simple sangat sebab dah xdan nak buat yg poyo!
Raya ini kali, lebaran kali kedua di utara..so kami balik kampung paling jauh dulu di Johor JDT then baru singgah kampung daku sendiri di Perak...cuma tak sempat balik kampung di Vietnam je :P

Kalau tahun lepas, mama sempat beli sepasang je baju Mirza Aisyah sebab kecil lagi masa tu..tetapi tahun ni Aisyah ada 3 pasang baru kurung Ok! He he he..campur yang tahun lepas punya sepasang. Masih cantik sebab adik pakai time raya tu jer sebab baju besar.. :) Si abang Muiz Zharif dapat 2 pasang Baju Melayu.Ok lah kan...anak2 punya baju kalau boleh nak beli sepuluh pasang sorang, mama takda baju baru pun takpe..asalkan korang happy! Padahal tak faham pun lagi..takpe esok2 korang dah besar wahai anak2 ku korang faham lah yerk.

Raya kali kedua di rumah sekarang ni, so kali kedualah geng kuaters buat open house. Apa lagi, masing2 siap dengan port luck untuk di bawa ke jamuan..Okey, mama buat nasi beriani (dila kata nasi Arab..mana2 lah..hehehe...) dan rendang kari ayam. Ha..kepada yang baru dengar rendang kari ayam ni, ianya adalah gabungan masak kari dan rendang pada sejenis ayam..ohhh...faham!

rendang kari ayam in da' making

nasi beriani on da way
taraa....dah siap nasi and rendang :)

Ok..jiran2 kata sedap..kalau diorang tipu, diorang berdosa ok! he he he... oleh kerana ada yang kata sedap (ok di sini mama dah perasan sikit yer! huhuhu...) maka mama pun buat lah nasi ni untuk open house ni. Sebelumnya mama dah buat masa open house rumah sendiri yang tak berapa nak open..kawan2 husben kata sedap, so kita kena buat siarang ulangan. Tu pasal masak lagi sekali untuk port luck JKKKK Kg si Pening lalat... oh mai! :P

Sekian dulu....nanti bila2 senang share resepinya pula :) see ya!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan