Assalamualaikum...selamat pagi..hari ni hari rabu..10 Disember dah..sudah hampir ke hujung tahun 2014... next year 2015...cepatkan masa berlalu...dah 2 tahun kami kat perantauan..Mirza Aisyah pun dah 2 tahun..
Lama juga tak menconteng kat blog ni..dah nak berlumut dah..banyak je ceritera tapi macam mood tak mari nak menaip :P ..so, hari ni nak cerita pasal kuih kesukaan seisi keluarga daku iaitu Kuih Limas.. pada suatu hari yang damai, tiba-tiba rasa rajin pula nak makan kuih --- ok lihat betul-betul kat sini ayatnya RAJIN NAK MAKAN...hehehe bukan rajin nak masak ye..teringat dulu-dulu bila balik kampung, request kat mak minta buat kuih limeh (kata orang Perak)...anak sedara ku panggil kuih sampan...hehehe.. sekarang? takda dah..jadi kena buat sendiri yer..nasib baik memang ingat la jugak step-step nya..so di hari minggu yang berbahagia itu, daku pun cuba masak sendiri kuih ni :)
Ok semua..jadi daku nak share cara nak buat kuih ni... mula-mula kena pastikan ada bahan utama iaitu DAUN PISANG..nak buat sampan nya.. nasib baik masih punya skil nak buat sampan ni..ok so pesanan untuk adik-adik : kalau kat rumah tu, rajin-rajin tolong mak, insyaAllah dapat ilmu dari mak kita..berguna digunakan kemudian hari :)
Nasib baik kawasan rumah ni ada sumber daun pisang asli...hehehe terima kasih kepada bekas jiran ku yang tanama pokok pisang kat sini.
Ok ini rupa sampan yang daku berjaya buat...ha ha ha buat sambil berebut dengan anak-anak..haha ha seniiii sangaatttt :P
Bahan mentah lain yang diperlukan adalah tepung gandum, gula, santan, pewarna hijau atau air pandan pun ok dan air untuk buat bancuhan. Bila sampan dah siap, susun atur di dalam tray kukus..tabur gula pasir kat dalam sampan tu sebagai dasar kuih ni. Sementara tu, periuk kukus dah boleh dipanaskan airnya.
Ok kat atas ni pula bancuhan tepung. ha ha ha gambar ni sebelum daku tapis, maaf masih berketul :).. nak cun kena tapis ye..atau bancuh cantik2 bagi sebati tak ketul2 tepungnya.
Letak sekejap sampan bergula tadi kat periuk kukus. Ok kejap ja tau, lepas tu cepat-cepat tuang bancuhan tepung yang hijau dulu. Kukus kejap sampai agak keras. Kemudian baru sendukkan bancuhan tepung yang putih pula.
Ok..ni yang dah siap masak eh :)
Dan yang bawah ni pula....taraaaaa ...Tukang Makan...ok, daku nak habaq terus terang ja, nasib baik anak-anak sangat memberi SOKONGAN >>> maksudnya apa yang mama diorang ni masak, kebanyakannya semua diorang makan. Itulah yang paling best mendorong mama Maya suka masak..ho ho ho.. (sila abaikan karpet tu yang dah tak seindah rupa..ni kes budak-budak main bedak...abis kelabu asap karpet)
Dan yang ni pula kisah sebenar berkaitan tajuk di atas...DAUN PISANG..kerana baru-baru ni ada kes suspek denggi di kawasan rumah kami, makanya telah diarahkan projek gotong-royong..maka habislah ditebas, ditebang, dibuang segala macam sampah sarap, rumput-rumpai di keliling kawasan rumah ni..dan paling SEDIH....pokok pisang pun kena tebang sekali...waaawaaaa aduhaiiiiiii.... takda dah sumber daun pisang free nak buat kuih limas ni lagi :( padahal baru jer cakap dekat kawan mama nak buatkan kuih ni sebab payah nak dapat di pasaran..adehhh...KESIAN tak? huhuhu...so ada tak sapa2 nak tolong bagi daun pisang free lagi atau ada tak yang sudi tanamkan pokok pisang baru??? ngeh..ngeh...ngeh....sekian.Kisah daun pisang yang dah dilupuskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan