Sisipan Warkah Seorang Maya

Selasa, 21 April 2015

Kerana Permintaan Muiz..Maka Pizza Tersedia

Assalamualaikum...selamat siang...

Hari ni nak story telling pasal pizza...dah lama dah rasa nak masak pizza sendiri...tapi bila mengenangkan takda orang yang nak tolong makan, maka tak pernah lagi terbakor pizza di dalam oven ku..sehingga pada suatu hari yang damai...cikgu abang Muiz telah post gambar-gambar aksi anak-anak di sekolah abang Muiz memakan pizza beramai-ramai..dan tanpa disangka-sangka, bila balik rumah dengan ramah-tamahnya Muiz bercerita pasal makan pizza. :)

Maka mama dengan berbesar hati terrrrmengaku boleh masak pizza sendiri..sehubungan itu, hari-hari Muiz tanya masa ambil dia balik dari sekolah..." Mama dah masak pizza tak hari ni? "... hmmmmmm
hari kerja Muiz..

So mama pun cuba menepati janji, hari sabtu yang damai itu, mama pun memulakan operasi nak masak pizza "home-made".. boleh dikatakan fully home-made kerana pizza based dan sos pizza daku buat sendiri...baru syok ye tak?! :)
sedang dibakar dan tunggu untuk di makan

So kat sini nak share cara daku buat pizza, walaupun diakui Pakcik Google adalah rujukan ku, namun seperti biasa, daku ni suka belasah ikut apa yang ada bahan kat rumah je..hehehe

Mula-mula buat doh pizza base..

Daku rujuk blog favorite i kepunyaan Kak Azie...cantik blog dia..banyak rujukan resepi yang best2 dan pastinya sedap... tapi macam biasalah..daku rujuk sahaja, bila time nak buat kadang2 sukatan pun tak sama hehehe.....

1/2 peket yis mauripan, 1 sudu gula, 1 cawan air suam...larut gula ke dalam air suam then tuang yis..tunggu sampai berbuih-buih..nak selamat jangan guna cawan tu, guna bekas lain yang tinggi sikit, barulah buih tak limpah keluar :)

Dalam bekas lain, taburkan 3 cawan tepung gandum (kalau rajin ayak dulu, mama malas hu hu hu).. siramkan dengan minyak zaitun lebih kurang 1/4 cawan je.. tepekkan 1 sudu mentega or marjerin then baru tuang air yis yang dah kembang tadi..bagi habis...uli sampai sebati.tak lekat kat tangan..kemudian biar doh berehat ambil udara petang yang segar...tunggu la dalam 30-40 minit...

doh pizza yang sedang berkembang dengan jayanya..tunggu sat lg nak kembang lagi ni
Sementara tunggu doh kembang..buat sos pula yer...nape buat sos sendiri? sebab daku kan tak tahan masam dan pedas, kalau nak boleh je beli sos spageti prego atau kimball..tapi tak tahan masam dia..so kita buat sos sendiri..lagi best! eh eh kau ni perasan best je :P

Untuk resepi sos pizza :

1/2 bungkus daging kisar (daging burger pun leh), 1 biji bawang besar & 3 ulas bawang putih (blend 3 bahan ni)... Panaskan minyak zaitun, tumis hirisan 1 biji bawang merah (kecil)..
Lepastu masukkan bahan blend td..Masukkan 3 sudu makan sos tomato, 1 sudu kecil sirap..kacau rata bg masak...tabur garam secukup rasa dan serbuk oregano.. siap!
sos pizza ala sos spageti

Doh yang dah kembang tadi boleh di canai kat loyang pembakar...sebelum nak tepek doh tu, sila oleskan loyang dengan minyak or merjerin supaya tak lekat.. dah siap ratakan, cucuk-cucuk dengan garfu ye supaya dia tak naik kembung masa kena bakar nanti :)

dah siap pizza base...nampak tak rata keja mama..dan ada Aisyah sebagai juri :P

bahan nak topping..ala kadar jer
Siapkan potong bahan-bahan nak buat topping...ikut suka hati nak letak apa..daku tak letak lah macam2 sangat, sat lagi Muiz tak makan pula, sejam nak asingkan balik benda-benda dia tak makan..jadi letak tomato, bawang holland dan sosej ayam je... dan cheese pun guna cheese makan dengan roti tu je sebab keju mozarela dan kawan-kawan dia mahal ya ampun! terutama lepas dah kene gst lagi mahai...adeh :( kita guna yang murah-murah jer...tapi takper kan tadi dalam sos dah ade daging, dah kira sedap dah tu :)


dah siap untuk dibakar
Dah siap semua...apa tunggu lagi, kita bakor le!!! Daku guna api atas dan bawah supaya masak sama rata..dah dekat nak masak baru daku tukar api bawah jer supaya base piza lebih masak.. dekat 40 minit juga membakor pizza ni...hu huh hu
alamak takda gambar yang cun sikit..dah kerat baru perasan belum tangkap gambar
Maka di hari sabtu yang damai itu, siaplah pizza untuk Muiz dan Aisyah...Muiz makan dengan jayanya..tiga potong dia ngap kejap tu jer..tapi macam biasalah bawang buang kat tepi pinggan :P

Muka puas hati abg Muiz dapat makan pizza

Dah buat sekali, lepas tu Muiz tanya lagi...takpe bila-bila rasa nak makan kita buat lagi Ok! Excited daku tu bukan apa, cikgu punya pengaruh menyebabkan Muiz makan pizza, so kira happy la mama dia, at les satu lagi senarai makanan masuk dalam list budak yang memilih makan ni..hehehe

Ok tata :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan