Assalamualaikum... Salam Jumaat yang penuh barakah...semoga semuanya diberi kurniaan kesihatan yang baik dan kehidupan yang bahagia...amin
Hari ni nak story telling pasal masakan lagi... sambil-sambil menjahit tu kena juga fikir perut nak isikan apa ya tak? he he he...
So hujung minggu yang baru ni, daku rasa macam nak makan mee kari..ok dulu masa kat Ipoh, ada satu kedai tu pagi-pagi dah jual Mee Kari yang dinamakan Mee Kari Kampung...seeeedaaaappp wooo...selalu teringat-ingatkan mee tersebut...kat Perlis ni payah la nak jumpa kedai jual mee kari. Yang bersup tu banyak ler...
Ok ni dia mee kari daku yang dah siap dimasak, sedap dimakan (ok..jangan perasan sangat sedap yek!) :P
Bahan-bahan nak buat kuah nya simple jer (tengok tajuk le ye tak...hehehe...).
Bawang besar 2 biji, bawang putih 4 ulas, halia 1 inci, lengkuas 1 inci...blend semua bahan tumisan ni... Asingkan dulu..kemudian blend pula isi udang dan tomato...
mee kari yang sedia untuk dimakan |
Tunggu mendidih. Masuk santan. Biar sampai masak ranum.. Notanya di sini daku tak makan pedas, maka memang guna kepedasan kari semata-mata. Sapa suka pedas leh masukkan cili blend awal semasa menumis tadi.
kuah sedang mendidih dirinya |
Siapkanlah bahan-bahan lain seperti celur mee kuning , rebus telur, celur sayur sawi dan macam-macam lagi bahan boleh letak..daku tak letak dah tauhu sebab tak berapa makan dah yang soya-based produk (yer....sangat)... Bawang goreng pun guna yang goreng sendiri jer..Daku rebus spageti angel hair buat ganti mee kuning...kat abahnya makan mee kuning lah..
bahan nak letak dalam mangkuk |
Tata...Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan