Assalamualaikum....selamat pagi...
Hari ni terasa macam hari rabu padahal dah hari khamis..huhuhu cuti isnin kata ko! sampai terrrkonpius hari jap...erkk...hehehe...
Hari ni nak up story pasal juadah hujung minggu..biasalah daku ni kalau hari cuti tu mulalah mereka makanan untuk makan-makan kat rumah kan..anak-anak pun tunggu jer mama diorang nak masak apa...
Ok kali ni rasa nak buat kek, asalnya nak buat kek planta macam biasa je, tetapi bila ternampak biskut cream craker yang banyak tersusun kat dalam almari..tiba-tiba teredit resepi kek tu dengan menokok tambah cream cracker ke dalamnya. Yang ni memang tak gugel, timbul idea spontan je..kalau orang lain dah buat dulu, mungkin kebetulan je :)
patah-patahkan biskut dan blender dengan adunan telur dan gula |
Cara nak buat nya sama macam nak buat kek biasa, guna butter/margerin, telur, gula, tepung (daku guna tepung gandum jer), baking powder sikit, soda bika sikit, alahai semua sikit-sikit je lah..kurangkan sukatan sebab kita nak masukkan biskut kan..dah siap semua adunan tu last sekali daku siram air panas, gaul rata semula. Then tuang di dalam loyang dan bakor!!!
dah siap adunan untuk dibakor!!! |
Ni dia kek..daku terbalikkan elok jer tak lekat..tau pasal pa? daku letak baking paper nun dan digriskan dengan minyak zaitun.
taraaaa....dah siap kek cream cracker kita :) |
Dah siap pun..silalah makan...ni biasanya daku buat untuk minum petang..masa buat ni haruslah anak-anak kena tidur dulu..jap lagi bila bangun dah siap untuk dimakan. Dan jangan lupa hantar kat jiran sikit..sapa yang ada nasib lah..he he he..
siap untuk di makan |
Ni dia tukang makan kek...budak berdua abang Muiz dan kakak Aisyah ni memang suka makan kek..Sebab tu lah gagah mama diorang ni dulu beli oven supaya senang nak buat sendiri apa-apa kek dan juadah lain..sebab home-made is the best!!! kan? kan? heeeeeee.....
budak 2 orang yang bangun tido petang terus nak makan :) |
ok...see u guys later..wassaalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan