Sisipan Warkah Seorang Maya

Jumaat, 28 Jun 2013

Chicken Ball...lah sangat yer???

Assalamualaikum to all...

Petang yang indah...jemur kain semua kering.sebab hari tk hujan...kelmrin dah hujan.alhamdulillah..walaupun jerebu tak mai sampai kat sini, tapi mcm org lain juga di sana yang tunggu hujan turun menjernihkan jerebu... kat sini jarang dapat hujan..jadi malam2 pun selalu panass...

Hari ni nak cerita pasal buat "CHicken BalL" ...huhuhu orang melayu panggil cekodok je..kalau bahan utamanya pisang, makanya dinamakan cekodok pisang hehehe..

Sementara duduk lepak2 di rumah ni, keluarlah macam2 idea nak memasak, dan yang paling best sebab ada orang tukang makan iaitu Abang Muiz Zharif...hehehe...Muiz pun daku tengok cuti seminggu ni asyik lapar je.mencabar sungguh kewibawaan daku untuk nak memberi makanan kat dia...

Kebetulan abah Muiz ada beli ayam, setakat kami berdua je yang makan, ayam seekor tak habis buat lauk jadi daku pun nak tranformkan ayam tu jadi ala-ala meat ball..dengar cerita meat ball kat Ikea sedap..tak dapat pergi ikea, jadi buat sendiri je lah...tapi guna ayam!


Daku rebus ayam sampai empuk.guna part yang isi aje..sementara tu carrot pun daku rebus. Ayam yang dah siap di rebus, sejukkan dulu kemudian blender.jangan sampai hancur sangat nanti tak terasa tekstur ayamnya pula. Carrot pun sama, blender je.Kalau nak guna parut halus tu pun boleh juga. Kupas bawang merah juga ya. Blender juga.

Dalam bekas lain, bancuh adunan tepung gandum, tepung ubi sikit dan garam. Daku biasanya buat bancuhan guna air masak. Hmm ape lagi ya? hehehe....baru buat dah lupa. Dah sebati tepung, tuang ayam, carrot dan bawang besar yang dah diblender tadi dan gaulkan lagi sampai rata.


Bentukkan bulat2 dan golek atas serbuk roti, buat sendiri nya serbuk roti pun boleh...pandai2 lah korang tanya pakcik google cara2 nak membuat nya. Takda serbuk roti pun tak mengapa.. Goreng je dalam minyak panas macam buat cucur yang biasa. Kalau ada jagung pun best tapi daku masa ni takda jagung, jadi guna apa bahan yang ada di dalam peti ais je.

Ni lah chicken ball a.k.a. cucur ayam





Tadaaaa.....sedia untuk di makan waktu minum petang atau bila2 masa yang kome suka! hehe.... Muiz suka makan ni tapi dia lebih suka bahagian kulit yang garing tu..haishhhhh memilih juga anak aku yang sorang ni.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan