Assalamualaikum...
Nampak sangat ko takde keje kan hari ni??? Eh..sape kata takde..baru jer siapkan update fail Biometrik ni hah...lepas tu dok Daftar Aset kat Sistem aset yang sotpom dia SPA tu..haaa bukan Sepahtu yer...mata dah berpusing dok baca kad-kad daftar ni..haku nak rehat jap..sambil cuci mata tengok gambor anak-anak daku...
sempat tangkap gambar jer..lepas tu tempiung takmau topi tu...hehehe... |
Nak citer pasal adik Mirza Aisyah...budak ni dah besar dah..dah 1 tahun 3 bulan...nampaknya Aisyah sangat berbeza dengan abang Muiz...Dia suka susu mama..hehehe...masih tak berhenti menyusu lagi Aisyah ni, walaupun atas tuntutan kerja rasa macam nak weaning off je terus..tapi bila menengok mukanya, daku tak sampai hati...oleh kerana itu, daku telah mula membekalkan susu formula (mama kata ni susu tipu) ke taska..bila balik Aisyah masih menyusu sepenuhnya..ntah ler budak ni kalau mama takda malam2 macam mana ntah...agaknya ni lah satu lagi petua kurus daku..habis semua Aisyah sedut kalori ha ha ha...
Aisyah masa 3 bulan...rambut pacak lagi hehehe... |
Aisyah sangat suka membebel...dia ni tak boleh kalau nampak muka mama dia, kalau nampak mula lah nak berdukung je kojenya..nak menangis ler..macam2 ler...kat rumah tu asyik ikut mama ke mana sahaja..ke dapur, dia g dapur..ke bilik, dia g bilik...dan bla bla bla...Kalau Muiz, dia boleh duduk main sorang2 selama mana selagi dia tak boring...macam berdikari lebih..Aisyah ni ntah manja semacam...aduiiiii...
Tapi ni sindrom kalau ada Mama jer..masa kat taska tu elok jer bawa diri..Pernah 1 hari tu, daku datang intai Kak pengasuh tengah potong kuku dia, dia elok jer duduk siap bersandar kat peha pengasuh..kalau kat rumah, jangan harap..dia yang nak ketip sendiri..sebab tu kena tunggu tidur baru leh potong kuku kalau kat rumah..Makan pun mcam tu, elok jer bersuap dengan pengasuh..kalau kat rumah, semua nak suap sendiri..Ohhhh macam dah besarsangat jer kau wahai anakkku... heeee...
Begitulah...berbeza kan anak-anak kita ni membawa personaliti masing2...ni baru daku ada dua anak.nampak dua jenis manusia..kalau dah tambah esok, ntah berapa personaliti insan lagi yang dapat daku lihat hehehe...bajet nak tambah lagi yer! sabar...Aisyah kecik lagi...hehehe...perancangan Allah tersangat tepat :)
Muiz masa rambut panjang sikit... |
Budak comel dua orang ni saya yang punyer :P |
Semoga jadilah anak-anak yang beriman, berbudi pekerti, tidak lupa asal usul, hormat orang lebih tua dan capai lah apa jua yang ingin kamu capai asalkan tidak tersasar dari landasan hidup kita sebagai orang yang punya agama dan keluarga yang harus dijadikan pegangan teguh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan