Sisipan Warkah Seorang Maya

Selasa, 14 Julai 2015

Kuih Tepung Bungkus

Assalamualaikum...... selamat pagi chenta ku...

Sekejap masa berlalu...Ramadhan kini semakin hampir ke hujungnya...tak banyak hari dah nak raya. Tahun ni insyaAllah nak beraya dulu di my hometown- Perak terchenta jugak...

Nak cerita apa pula kali ni? Hmmm tak lain tak bukan pasal juadah buka puasa. Sejak-sejak duduk di utara ni, daku memang kena me-rajin-kan diri dengan aktiviti memasak..atas alasan-alasan yang logik diterima akal daku...

1- anak-anak dah membesar dan pandai makan, jadi better and the best masak sendiri ok
2- jauh sangat nak ke satu2 kedai kat sini..bukan macam masa di Ipoh, semuanya available around the corner je
3- dah tua dah daku ni, bila lagi nak mahirkan diri dengan masak-memasak kan? kuang3x...

Jadi entri ni nak cerita pasal kuih yang dulu arwah Opah pandai buat, Tepung Bungkus atau daku masa kecik2 dulu panggil lepat tepung (ha ha ha.....). Kuih ni sangat sedap pada rasa lidah daku, daku pun tak tau pasal apa..maybe tekstur tepung beras tu tak sama dengan tepung lain. Memang citarasa orang tua-tua betul daku kan? :P

Daun pisang sekitar rumah dah mula tumbuh, jadi ada peluang nak buat kuih yang guna daun pisang... tak susah sangat nak buat kuih ni.senang je rupanya..hehehe daku pun baru tanya balik pakcik Gugel macammana nak buat kan...so, tekad dengan harapan nak merasa kuib Tepung Bungkus air tangan sendiri.

Bahan-bahan utama nak buat tepung bungkus
Buat inti kelapa dulu
masak tepung beras dan santan

Masak sampai likat macam ni

bungkus dengan daun pisang yang dah dilayurkan
tada....dah siap

Siap sudah tepung bungkus ku...Alhamdulillah sedap juga lah di rasa lidah ku hehehe :P  macam biasa, anak-anak adalah testimoni daku..kalau anak kata sedap, maka sedap lah tu...

Khamis, 28 Mei 2015

Hobi dan Minat yang Bawa Rezeki...

Assalamualaikum...selamat tengah hari...thanks to kawan-kawan yang sudi baca celoteh merapu kat blog kita... :)

Sekarang sudah masuk musin-musim BUSY di mana mata lekat kat skrin PC, punggung lekat kat kerusi, tangan lekat kat Keybord...huhu hu....musim-musim kumpulan sasaran nak diuruskan..sistem yang daku jaga hardcore tang sini lah...weehuuu... sem depan nak tukar modul lain pulak boleh? hehehe 2016 kot baru leh swap.. takper..sabar dan sebenarnya seronok je :)

Sambil-sambil kat pejabat busy tu, kat rumah pun tak kurang juga busy nya..maklum lah baru-baru ni tiba-tiba ada hobi baru yang tiba-tiba dah jadi bukan hobi pula rasanya...keh keh keh...sapa suruh memandai buka cerita? ahkak juga yang tak menang tangan kan..padan muka kiter

So, nak dijadikan cerita...bermula dengan seorang kawan je yang minta tolong jahitkan baju anak dia..terus sebaran berlaku..dan dapatlah beberapa tempahan (beberapa je OK! hehehe...)..tak sangka pula pasaran untuk buat baju budak-budak ni boleh tahan kat tempat ku di perantauan ini..cewahhh

Di kesempatan ini nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada yang percaya bakat terpendam daku dalam bab-bab menjahit ni..serius nak bagitahu ni, memang daku tak pernah ambil kelas formal lagi belajar menjahit..kalau ada pun masa kelas ERT Kemahiran Hidup masa sekolah dulu.. boleh cam gitu? he he he...terima kasih cikgu ku! jasamu ku kenang :)

Yang lebih meng-happy-kan daku ialah bila dah siap..masing-masing pakat hantar gambar.. jadi jika anda gembira, saya pun lebih-lebih lah lagi gembiranya... Kat sini nak share pic testimoni sikit mana-mana projek yang dah setel..ohho :)
baju kelawar + seluar

jahit baju melayu 3 bersaudara :)


sarung tilam + sarung bantal
ni set nya sebelum bagi kat tuan punya..jahit je.kain, tuan nya beli sendiri

baju melayu umur 2 thn lebih

baju tidur...tapi kain tak berapa best pulak :P


bengkung ibu..custom-made size nya ni

gaun labuh untuk anak dara kawan..yg ni tolong try jer :)

barut untuk si baby comel
Once again, thank u so much my dear kawan-kawan yang sudi minta saya jahitkan...tiba-tiba jahit untuk orang pula, asalnya nak jahit projek sendiri jer..takper..dengan ada nya permintaan, dapat up kan skill menjahit ku... love u all lah...

so see yah :) nanti membebel lagi...

wassalam.


Khamis, 7 Mei 2015

Cream Cracker Jadi Kek?

Assalamualaikum....selamat pagi...

Hari ni terasa macam hari rabu padahal dah hari khamis..huhuhu cuti isnin kata ko! sampai terrrkonpius hari jap...erkk...hehehe...

Hari ni nak up story pasal juadah hujung minggu..biasalah daku ni kalau hari cuti tu mulalah mereka makanan untuk makan-makan kat rumah kan..anak-anak pun tunggu jer mama diorang nak masak apa...

Ok kali ni rasa nak buat kek, asalnya nak buat kek planta macam biasa je, tetapi bila ternampak biskut cream craker yang banyak tersusun kat dalam almari..tiba-tiba teredit resepi kek tu dengan menokok tambah cream cracker ke dalamnya. Yang ni memang tak gugel, timbul idea spontan je..kalau orang lain dah buat dulu, mungkin kebetulan je :)

patah-patahkan biskut dan blender dengan adunan telur dan gula
Cara nak buat nya sama macam nak buat kek biasa, guna butter/margerin, telur, gula, tepung (daku guna tepung gandum jer), baking powder sikit, soda bika sikit, alahai semua sikit-sikit je lah..kurangkan sukatan sebab kita nak masukkan biskut kan..dah siap semua adunan tu last sekali daku siram air panas, gaul rata semula. Then tuang di dalam loyang dan bakor!!!

dah siap adunan untuk dibakor!!!
Ni dia kek..daku terbalikkan elok jer tak lekat..tau pasal pa? daku letak baking paper nun dan digriskan dengan minyak zaitun.
taraaaa....dah siap kek cream cracker kita :)
Dah siap pun..silalah makan...ni biasanya daku buat untuk minum petang..masa buat ni haruslah anak-anak kena tidur dulu..jap lagi bila bangun dah siap untuk dimakan. Dan jangan lupa hantar kat jiran sikit..sapa yang ada nasib lah..he he he..
siap untuk di makan
Ni dia tukang makan kek...budak berdua abang Muiz dan kakak Aisyah ni memang suka makan kek..Sebab tu lah gagah mama diorang ni dulu beli oven supaya senang nak buat sendiri apa-apa kek dan juadah lain..sebab home-made is the best!!! kan? kan? heeeeeee.....
budak 2 orang yang bangun tido petang terus nak makan :)
ok...see u guys later..wassaalam.

Jumaat, 24 April 2015

Mee Kari Udang Simple Ajer...

Assalamualaikum... Salam Jumaat yang penuh barakah...semoga semuanya diberi kurniaan kesihatan yang baik dan kehidupan yang bahagia...amin

Hari ni nak story telling pasal masakan lagi... sambil-sambil menjahit tu kena juga fikir perut nak isikan apa ya tak? he he he...

So hujung minggu yang baru ni, daku rasa macam nak makan mee kari..ok dulu masa kat Ipoh, ada satu kedai tu pagi-pagi dah jual Mee Kari yang dinamakan Mee Kari Kampung...seeeedaaaappp wooo...selalu teringat-ingatkan mee tersebut...kat Perlis ni payah la nak jumpa kedai jual mee kari. Yang bersup tu banyak ler...

Ok ni dia mee kari daku yang dah siap dimasak, sedap dimakan (ok..jangan perasan sangat sedap yek!) :P

Bahan-bahan nak buat kuah nya simple jer (tengok tajuk le ye tak...hehehe...).

Bawang besar 2 biji, bawang putih 4 ulas, halia 1 inci, lengkuas 1 inci...blend semua bahan tumisan ni... Asingkan dulu..kemudian blend pula isi udang dan tomato...

mee kari yang sedia untuk dimakan
Panaskan minyak untuk menumis di dalam periuk..tumis lah bawang-bawangan yang dah diblend tadi..Bancuh serbuk kari dengan air..bila bahan blend dah mewangi, masukkan bancuhan serbuk kari tadi..Tunggu sampai pecah minyak..lepas tu daku masukkan isi udang yang dah blend dengan tomato tadi. Kacau rata dan masukkan 1 jag air.. Agak-agak lah nak pekat ikut suka. Masukkan juga udang yang tak blend.



Tunggu mendidih. Masuk santan. Biar sampai masak ranum.. Notanya di sini daku tak makan pedas, maka memang guna kepedasan kari semata-mata. Sapa suka pedas leh masukkan cili blend awal semasa menumis tadi.

kuah sedang mendidih dirinya

Siapkanlah bahan-bahan lain seperti celur mee kuning , rebus telur, celur sayur sawi dan macam-macam lagi bahan boleh letak..daku tak letak dah tauhu sebab tak berapa makan dah yang soya-based produk (yer....sangat)... Bawang goreng pun guna yang goreng sendiri jer..Daku rebus spageti angel hair buat ganti mee kuning...kat abahnya makan mee kuning lah..

bahan nak letak dalam mangkuk
Masa ni masak tengah hari, jadi tengah hari tu tak makan nasi...sempat juga dihulur kepada jiran sikit..kami buat siaran ulangan makan sampai ke malam...Muiz dan Aisyah pun suka makan mee kari ni.. ok anak-anak lain kali tunggu mood sampai kita makan mee kari lagi!

Tata...Wassalam.


Selasa, 21 April 2015

Kerana Permintaan Muiz..Maka Pizza Tersedia

Assalamualaikum...selamat siang...

Hari ni nak story telling pasal pizza...dah lama dah rasa nak masak pizza sendiri...tapi bila mengenangkan takda orang yang nak tolong makan, maka tak pernah lagi terbakor pizza di dalam oven ku..sehingga pada suatu hari yang damai...cikgu abang Muiz telah post gambar-gambar aksi anak-anak di sekolah abang Muiz memakan pizza beramai-ramai..dan tanpa disangka-sangka, bila balik rumah dengan ramah-tamahnya Muiz bercerita pasal makan pizza. :)

Maka mama dengan berbesar hati terrrrmengaku boleh masak pizza sendiri..sehubungan itu, hari-hari Muiz tanya masa ambil dia balik dari sekolah..." Mama dah masak pizza tak hari ni? "... hmmmmmm
hari kerja Muiz..

So mama pun cuba menepati janji, hari sabtu yang damai itu, mama pun memulakan operasi nak masak pizza "home-made".. boleh dikatakan fully home-made kerana pizza based dan sos pizza daku buat sendiri...baru syok ye tak?! :)
sedang dibakar dan tunggu untuk di makan

So kat sini nak share cara daku buat pizza, walaupun diakui Pakcik Google adalah rujukan ku, namun seperti biasa, daku ni suka belasah ikut apa yang ada bahan kat rumah je..hehehe

Mula-mula buat doh pizza base..

Daku rujuk blog favorite i kepunyaan Kak Azie...cantik blog dia..banyak rujukan resepi yang best2 dan pastinya sedap... tapi macam biasalah..daku rujuk sahaja, bila time nak buat kadang2 sukatan pun tak sama hehehe.....

1/2 peket yis mauripan, 1 sudu gula, 1 cawan air suam...larut gula ke dalam air suam then tuang yis..tunggu sampai berbuih-buih..nak selamat jangan guna cawan tu, guna bekas lain yang tinggi sikit, barulah buih tak limpah keluar :)

Dalam bekas lain, taburkan 3 cawan tepung gandum (kalau rajin ayak dulu, mama malas hu hu hu).. siramkan dengan minyak zaitun lebih kurang 1/4 cawan je.. tepekkan 1 sudu mentega or marjerin then baru tuang air yis yang dah kembang tadi..bagi habis...uli sampai sebati.tak lekat kat tangan..kemudian biar doh berehat ambil udara petang yang segar...tunggu la dalam 30-40 minit...

doh pizza yang sedang berkembang dengan jayanya..tunggu sat lg nak kembang lagi ni
Sementara tunggu doh kembang..buat sos pula yer...nape buat sos sendiri? sebab daku kan tak tahan masam dan pedas, kalau nak boleh je beli sos spageti prego atau kimball..tapi tak tahan masam dia..so kita buat sos sendiri..lagi best! eh eh kau ni perasan best je :P

Untuk resepi sos pizza :

1/2 bungkus daging kisar (daging burger pun leh), 1 biji bawang besar & 3 ulas bawang putih (blend 3 bahan ni)... Panaskan minyak zaitun, tumis hirisan 1 biji bawang merah (kecil)..
Lepastu masukkan bahan blend td..Masukkan 3 sudu makan sos tomato, 1 sudu kecil sirap..kacau rata bg masak...tabur garam secukup rasa dan serbuk oregano.. siap!
sos pizza ala sos spageti

Doh yang dah kembang tadi boleh di canai kat loyang pembakar...sebelum nak tepek doh tu, sila oleskan loyang dengan minyak or merjerin supaya tak lekat.. dah siap ratakan, cucuk-cucuk dengan garfu ye supaya dia tak naik kembung masa kena bakar nanti :)

dah siap pizza base...nampak tak rata keja mama..dan ada Aisyah sebagai juri :P

bahan nak topping..ala kadar jer
Siapkan potong bahan-bahan nak buat topping...ikut suka hati nak letak apa..daku tak letak lah macam2 sangat, sat lagi Muiz tak makan pula, sejam nak asingkan balik benda-benda dia tak makan..jadi letak tomato, bawang holland dan sosej ayam je... dan cheese pun guna cheese makan dengan roti tu je sebab keju mozarela dan kawan-kawan dia mahal ya ampun! terutama lepas dah kene gst lagi mahai...adeh :( kita guna yang murah-murah jer...tapi takper kan tadi dalam sos dah ade daging, dah kira sedap dah tu :)


dah siap untuk dibakar
Dah siap semua...apa tunggu lagi, kita bakor le!!! Daku guna api atas dan bawah supaya masak sama rata..dah dekat nak masak baru daku tukar api bawah jer supaya base piza lebih masak.. dekat 40 minit juga membakor pizza ni...hu huh hu
alamak takda gambar yang cun sikit..dah kerat baru perasan belum tangkap gambar
Maka di hari sabtu yang damai itu, siaplah pizza untuk Muiz dan Aisyah...Muiz makan dengan jayanya..tiga potong dia ngap kejap tu jer..tapi macam biasalah bawang buang kat tepi pinggan :P

Muka puas hati abg Muiz dapat makan pizza

Dah buat sekali, lepas tu Muiz tanya lagi...takpe bila-bila rasa nak makan kita buat lagi Ok! Excited daku tu bukan apa, cikgu punya pengaruh menyebabkan Muiz makan pizza, so kira happy la mama dia, at les satu lagi senarai makanan masuk dalam list budak yang memilih makan ni..hehehe

Ok tata :)



Khamis, 16 April 2015

Projek Menjahit Bukan Sekadar Hobi

Assalamualaikum... Selamat pagi...

Hari ni saja nak merakamkan entri pasal projek menjahit mama Maya yang bertimbun tak berjadual...ha ha ha sebab apa kata macam tu? sebab semangat nak buat projek jahitan banyak sangat di dalam kepala ni..sampai tak tersusun nak jahit yang mana dulu... :)

Oleh itu, daku telah membuat susun atur semula kain-kain yang ada kat atas kabinet tu..ala-ala buat housekeeping la ni namanya..untuk memudahkan kategori projek yang mana nak disiapkan dulu...dan masuk carta paling atas sepatutnya daku kena siapkan baju Nenek dulu a.k.a. Mak Mertua ku..projek ini daku terima masa balik bercuti di kampung haritu..tapi sampai harini tak siap lagi sebab sayang nak potong kain yang cantik dan mahal tu..maklumlah tak pro, nanti kalau terrrr-reject mana nak ambil ganti hehehe...tapi semalam dah siap potong dah..nak hantar jahit tepi dulu..ohhh kalau ade mesin jahit tepi sendiri kan besty...ok masukkan dalam wish list... :P

Ni kat bawah antara projek jahitan daku...yang halfway done...serabut sebab seronok nak test jahit...hahaha ade yang dah jahit baju, kain tak jahit lagi..ada yang dah jahit badan, lengan tak cantum lagi...ada yang dah buat pola tapi kain tak potong lagi..mama ko ni main ikut sedap yang mana dia nak buat dulu jer...

Ni projek buat bantal kusyen..buat bantal tido di dalam kereta pun bleh..maklumlah kalau travel, kerja tidur je bebudak anak-anak ku di dalam kereta..bantal ni separuh saiz bantal biasa..tak kecil sangat..tak besar sangat...just nice je saiz nya.

siap lah 2 biji bantal kusyen..bantal tidur dalam kereta
bantal yang dah lembik ni modified jadi bantal kecil pula
Yang di bawah ni pula sambungan projek jubah mengandung yang dah siap hari tu..ada baki kain tu buat jubah untuk kakak Aisyah pula..tapi ni gambar sebelum repair, daku dah buka balik dan buat kedutan kat pinggang tu bagi cun sikit..hehehe...tapi lum siap sambung lengan (ohh bab yang daku paling lemah!)

sambungan projek jubah pregy ku..buat 1 jubah untuk Aisyah

Beberapa hari yang lepas dapat tempahan dari kawan2 se-poli yang sama2 pregnen, nak buatkan barut baby yang cumel2 ni..harap sempat siap.sebab ada yang sorang tu nak bersalin dulu sebelum daku..hehehe...
kerja ukur dan potong kain cotton flannel
kain dah siap potong dan aksesori nak jahit barut
yess...siap pun buat contoh barut baby :)
  
Tq model barut baby ku...baby kakak Aisyah

Yang ni pula projek buat baju kurung riau atau kekadang duk sebut baju kurung pahang..ha ha ha aku pun baru2 tau beza kurung pahang ori dengan kurung riau ni beberapa tahun yang lalu semasa kenduri seorang kawan, disebabkan oleh kakak iparnya orang Pahang..thanks akak ipar kawanku :)
keje ukur..ambil contoh baju sedia ada je

dah siap potong dan jahit tepi..tunggu nak jahit je
Projek jahit baju raya pun tak dilupakan...cadangnya nak jahit sendiri baju Melayu untuk the man and the boy in da' family...hohoho...dah beli kain dan dah siap gunting pun...hantar jahit tepi dah sekali dengan projek baju kurung... baju MUiz dah siap tapi seluar tak siap lagi...baju melayu teluk belanga jer..senang..just ikut contoh baju tahun lepas..abah Muiz memang suka baju tu..baju orang Johor kan... :)

nak ukur baju husben

lapik tengkuk baju bapak pi pasang kat baju anak..apeedaaaaa

Banyak lagi projek daku ni..termasuk nak buat sarung tilam kolam tu...kain dah potong dan jahit tapi jammed tang nak buat tiang kolam tu... tapi malam tadi mimpi dah dapat ilham macam mana nak jahit..kena jahit permanent so kena basuh siap-siap kain nya..nanti terus jahit bahagian atas..takda main sarung-sarung..masih kurang mahir nak buat zip panjang :(

Hopefully dapat siap semua ni...kena cari masa juga..walaupun di kacau oleh kakak Aisyah...mama gunting kain, dia pun nak gunting...nak pembaris...aduhai macam2 hal...takpe lah nanti besar esok minat menjahit juga hehehe...

Next entri nak masuk pic projek dah siap...see yah!



Khamis, 9 April 2015

Another halfway to go...

Assalamualaikum wbt...selamat pagi...

Macam lama pula tak membebel kat sini...anak-anak, please listen to mama story telling ya! hehe...

Sedar tak sedar masa yang berlalu ni..now dah masuk minggu ke 20++ untuk my pregnency..Dah masuk 5 bulan..another 20 weeks to go..pengalaman yang lalu, abg Muiz awal 1 minggu..kakak Aisyah lewat 1 minggu...yang ni, harapnya awal la.kalau lewat tu macam rugi je cuti kalau dah terpaksa ambil cuti awal..sebab sementara nak tunggu bersalin, cuti tu dah kira berjalan dah..kalau lewat jadi macam kakak Aisyah, walapun mama cuti 3 bulan tapi 2 bulan lebih dah kena hantar taska, sebab terlajak 41 minggu plus mama ambil cuti awal 14 hari sebelum tarikh due :) kalau awal, leh jaga lama sikit baby kan.....

Hopefully kesihatan baik-baik aja sampai ke detik melahirkan dan seterusnya...last week masa cek-up dah start detect HB dalam darah dah menurun bawah paras selamat 11..oh No! ni memang resam daku, sebab yang lepas-lepas pun memang HB selalu rendah...dengan keadaan badan yang terbaru ni yang amat sensitif dengan benda masam dan pedas, makanya daku GAGAL makan vitamin and all those suplement dengan baik expecially Vit C..rasa bergelora dalam perut dan tekak akan KEMASAMAN nya.. tapi last week baru nak ambil inisiatif beli yang power sikit suplementnya = IBERET, tapi masih ada unsur perut bergelora. Malah ada one day tu, silap apa ntah, siap kena cariti-wariti (faham tak? cirit birit lah... hehehe).

Jadi, ada masa lagi ni..harap sempat siapkan projek nak ganti sarung tilam kolam milik abg Muiz dan kakak Aisyah..lepas 2 orang baby guna, rasa mcm dah boring jer dengan sarung lama. So mama cuba nak jahit sarung yang baru untuk baby baru...

Nanti dah siap akan tepek kat sini gambarnya.... tata



Isnin, 23 Februari 2015

Daku dan hobi yang baru

Assalamualaikum...dan selamat petang...hari ni ada sedikit masa nak mencoret sesuatu...baru je siapkan kerja yang ditinggalkan sejak pagi tadi kerana menziarahi ke rumah kawan yang kehilangan ibunya yang tersayang..salam takziah pija..sabar banyak-banyak.sedekahkan seberapa banyak "hadiah" buat ibumu..sesungguhnya daku faham kerana daku juga telah merasai kehilangan insan yang dipanggil emak... :(

ok..terus saja ke coretan daku yang sebenarnya...nak cerita pasal minat daku yang terbaru...sebenarnya lama dah masuk wishlist daku tapi tak sudah2 menimbang-tara..ha ha ha berangan nak beli mesin jahit ok! Tetapi bila difikir-fikirkan balik, daku tak sesuai lagi kot beli mesin jahit besar dan mahal ni sebab masa mungkin tak berapa nak ada..faham-faham je lah..jap lagi jadi tukun je mesin jahit tu..tapi disebabkan berhajat juga nak menjahit maka daku telah menghadiahkan diri daku sendiri sebuah mesin jahit kecik untuk kegunaan biasa-biasa aje :P  hehehe...hadiah kan? beli sendiri kat Lazada je...lepas lah nak jahit projek kecil-kecilan huhuhu....ni dia ha....


ni lah mesin jahit comey daku :)
Jadilah kan..buat masa sekarang...yang penting daku dapat melepaskan kegilaan rasa nak menjahit...he he he...

1st projek...jahit tag nama kat uniform abg Muiz
Mula-mula dapat terus ada job nak buat...kebetulan cikgu sekolah abang Muiz baru bagi name tag diorang dah siap...daku pun ape lagi...jahit name tag tu guna mesin..macam poyo kan? ha ha ha..takper biarkan..baru kemas sikit...
2nd projek... oter baju uniform anak kawan mama
 Lepas tu, anak kawan ofis pula nak masuk sekolah, minta tolong kecilkan uniform sais S yang masih berskala besar untuk anak nya...yess...juga berjaya...boleh lah...harap kawan ku puas hati :)

3rd projek.... nak cuba jahit jubah mengandung sendiri :P
Dan paling tak menyabar nak buat baju mengandung sendiri...ha ha ha tak boleh blah kan? daku cadang nak tiru patern baju yang kak yong daku pernah bagi..sebab baju tu pun dia jahit sendiri..tapi last2 minit, daku pi buat patern sendiri tetapi memang mengambil lah juga ilham baju-baju pregnent yang banyak dipasaran kan...huhuhu.....
dah start potong kain...hu hu hu....
Dan setelah dicampur tolak...malas + rajin + sibuk + Lapang...akhirnya siap jugak jubah kartun daku ha ha ha.....beriya lah g beli renda lah bagai..nak bagi baju nampak feminin...kah kah kah... siap jugak lah baju kartun daku ni...nak buat sepasang lagi untuk Aisyah pula...gaun gegirl gitu!

tadaa.....akhirnya siap juga projek jubah pregy mama :)
ok...cukup lah dulu..setakat ni...nanti-nanti merepek lagi dengan projek seterusnya :) wassalam

Selasa, 17 Februari 2015

Tetiba nak makan Sup Ketam


Assalamualaikum....selamat petang... mengantuk tak? hehehe....hari ni nak update pasal apa yang mama masak semalam...sejak dua menjak dah rasa OK ni, banyak benda yang mam nak try makan..kelmarin pergi pasar, bila ternampak Encik Crab jer tiba-tiba rasa nak makan dia..nak buat Sup Ketam..jadi tambah berlengah lagi terus beli..tak banyak pun, beli 2 ekor jer..sebab 1 kilo je dah RM23 !


Buat sup ketam yang paling basic sahaja..simple dan cepat... 

Tadaa......dah siap di sini ya.. Muiz dan Aisyah memang suka sup..jadi kami je lah yang makan..abah tak mau!


Sup ketam memang sedap dengan rasa isi ketam yang manis hancur-hancur masuk ke dalam kuah sup...walahwehhhhhhh...best best.... nanti nak masak sup ketam...hehehe...sebenarnya rumah kami jarang masak seafood, tu pasal keren banget sih! ha ha ha.... tata...see u again soon...