Sisipan Warkah Seorang Maya

Isnin, 9 September 2013

Biskut raya kegemaran Muiz and Mama.....Koko Oat Crunch

Gud morning and Assalamualaikum.....

Satu set hujung minggu baru sahaja meninggalkan kita...selain memenuhi masa lapang dengan anak-anak yang semakin keletah, seperti biasa di hujung minggu adalah waktu untuk memasak lebih daripada hari-hari biasa...apakah??? ha ha ha..ye lah hari kerja pun masak tapi cincai2 jer..kalau hari minggu masak ada masa tambahan sikit...keh keh keh...

Raya yang lalu telah membuatkan daku sedar sesuatu...iaitu anak daku pun suka makan biskut raya...dan paling Muiz suka adalah biskut koko oat..yang ada guling2 dengan susu tu..ha ha ha...sebelum raya dah nak habis dah sebalang kami berdua belasah...beli dengan kawan di pejabat..haaaa memang sedap ler..lepas raya haritu order lagi sebalang..pun cepat je habis... oleh itu, timbullah idea nak buat biskut ni sendiri kat rumah.jimat pun jimat..dan dapat lah Muiz makan masakan air tangan mama..hehehee....

Semak resepi di internet tetapi kebanyakannya sama sahaja..taktau nak kredit kat siapa yang lebih yang pastinya kat myresepi.com pun ada...bahan-bahannya senang sangat..dan paling penting tak libatkan penggunaan telur..hah Muiz kan tak suka telur..patut lah dia berkenan biksut ni.. :)

chef kecik turut membantu...hehehe bantu lah sangat..eksyen je ni



okey ya...bahan-bahannya mudah sahaja...tepung gandum, oat (daku guna organic rol oat), serbuk koko (daku guna milo..hmm sedapp), gula kastor (daku guna gula biasa jer), minyak sapi dan mentega or marjerin (2 bahan ini sila cairkan dahulu ya)...untuk bedak dia sila gunakan susu tepung dan gula kastor. Daku blenderkan aje gula biasa jadi halus guna blender kering tu...hehehe... mama guna bahan apa ada kat rumah jer nak... :)

untuk rahsia supaya biskut ni lebih ranggup, sila masukkan oat kemudian selepas dah gaul semua bahan lain...hehehe...

bahan-bahan yang telah dicampurkan

ha ha ha sungguh tak berseni..bentuk dgn jari -jemari aje nak lekas siap

dah bakar..dah sejukkan..masa utk lumurkan bedak

dah siap masuk balang ler...

dapat ler 2 balang ni hah..1 kecik 1 besar...hehehe
 jadi tester dah try dah...ok nampaknya...siap nak tambah...sapa lagi kalau bukan encik Muiz Zharif..HEHEHE.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan