Sisipan Warkah Seorang Maya

Rabu, 18 September 2013

Apple pie menyebabkan Muiz loya???

Salam hormat guys...assalamualaikum....

Wahhh tengokkan title macam kes masa mama pregnent kan Muiz jer dulu2 yek..loya2 lak tekak...ha ha ha ni nak cerita kisah buat apple pie di rumahku..homemade ok.rasa sikit lagi nak lawan yang MekD punya.. he he...bukan mama yang kata tapi kawan mama ok :P

Al-kisah minggu lepas...mama tiba2 rajin lak nak masak apple pie setelah kesian melihat apple di dalam peti sejuk takdak sapa nak makan..mama pun dok fikir apa nak buat dengan apple ni??? hmmm apple hijau ni...tiba2 dengan jayanya mama pun terfikir lah nak buat apple pie..buat pie sedap guna apple hijau kan...

apple hijau yang telah dikarate petak-petak kecil

lemon sila ambil jus nya
Bahan-bahan yang diperlukan senang je..apple hijau, kismis, gula, mentega, jus lemon, fresh milk, tepung jagung, serbuk cinnamon dan semestinya yang paling perlu Puff Pastry untuk kulit pie membaluti inti pie nya..hehee... daku beli jenama kawan yang ditunjuk-ajarkan oleh kawan se-opisku..cik Safa :) sapa pandai buat pastry sendiri lagi bagussss..tapi ni cik mama nak cepat dan mudah yer...
inti pie yang dah siap..yang sblh tu pastry yang daku guna

sungguh tak berseni bentuk pie nya sebelum dibakar
tadaaa....bila siap dah tak kisah dah rupa sebelum dibakar tadi kan....

Semangat kau mama masak inti pie malam2...dah siap dan sejukkan, mama simpan dalam peti sejuk..esok subuh2 se-pi-ee mama membakarnya di dalam oven...kemudian bagi abah bawa sikit, mama pun bawa sikit...dan bawa untuk Muiz ke taska juga 2 ketul..he he kulit pastry dah habis...ngam2 je dengan apple dua biji tu...ade ler lebih sikit.patut dapat buah 10 ketul pie.

Muiz suka dan makan sampai habis 2 ketul, mama dapat rasa sikit jer..seronok tengok anak2 suka makan apa yang mama masak kan?kan? hhmmmm senang hati..tapiiiiii ada tapinya yer..sila rujuk tajuk semula...pada malam hari tersebut, Muiz muntah..dan keluarlah semula makanan dari tengahari smpai ke malam..termasuk lah apple pie yang mama buat..hu hu hu sedeyyynyerrr...takkan pasal makan apple pie kot??? tak tahan cinnamon a.k.a. kulit kayu manis??? selalu mama buat sup ok jer.. rupa2nya ada orang lain muntah dan cirit birit kat taska..makanya hujung minggu yang panjang sempena Hari Malaysia yang lalu kita duk rumah lah sahaja tunggu bang Muiz sihat...sekian...

Tapi sungguh apple pie yang mama buat rasa macam sedap jer..kami semua takdak apa2..rasa nak buat lagi lain kali...macam biasalah sebelum nak masak mama biasa jenguk resepi dulu..jumpa beberapa panduan kat internet tapi macam best follow cara dari laman ni Dapur Tanpa Sempadan. Syok tengok pictures dari laman ni...cantik2 deko nya.Thanks tuan empunya..tapi mama macam biasa dah repair resepinya ikut bahan yang ada di rumah..contohnya mama guna minyak zaitun dan fresh milk.takde kot dalam resepi asal tu..hehehe.... im sorie and thanks again :)





1 ulasan:

  1. wah, rajin sungguh mama budak ini memasak untuk anak2 dan geng sepejabat akak boleh tumpang merasa.seronoknya kalau pandai memasak semua benda dan seronoknya kalau RAJIN nak masak2 kan...hehehe

    BalasPadam