Sisipan Warkah Seorang Maya

Selasa, 7 Januari 2014

Setahun Yang Berlalu Di Rantauan.....welcome 2014


Assalamualaikum....

Wahhh tajuk macam nak tulis puisi jer kan? kan? hehehe...di pagi-pagi hari ni sebelum nak pergi sarapan tetiba rasa nak update blog pula..ni semua pasal ingatan daripada seseorang yang mengingatkan daku...wahhahaha...nak update blog pun kena diingatkan ke?

Sebenarnya macam ada banyak jer ceritera nak dicoretkan kat blog ni buat renungan semula nanti2 bila dah tua boleh baca balik...hehehe...ntah sempat tua ke tidak...semenjak dua menjak ni selalu rasa semput jer...hehehe...

So, 2014 dah tiba...maknanya dah setahun sejak hujung Disember 2012 daku pindah ke bumi Utara ini...seronok sebab dah mula hidup sekeluarga yang lengkap seperti yang sepatutnya..tetapi kurang seronok sebab sangat rindukan kehidupan di IPOH yang bestttt....kat sini takda apa2 yang special sangat..jauh dari kesibukan kota..tak ke mana2 pun...dok pusing di dalam pagar kawasan ni jer...

Dari segi kerja, hmmmm best juga..sebab daku dah betul jadi orang ICT semula..hehehe dulu masa tempat keje lama hentam kromo buat semua kerja..kat sini kita ada carta yek..jadi masing2 buat kerja masing..huhuhu ramai juga ahli UNIT daku kat sini..ada 13 orang semuanya..tapi memang tak boleh banding dengan tempat kerja lama..sebab setiap tempat tu berbeza...kat sini ada best dia cara tersendiri...

Jadinya, cuti sekolah yang lepas..seperti yang dijanjikan daku ambil anak2 buah bawa datang rumahku..lepak sebulan lebih sepanjang cuti sekolah kat rumah daku... jadi kehidupan yang suriram bertukar menjadi riuh-rendah sebab ada ramai-ramai...hehehe padahal ada dua orang budak bertuah jer..Ira dan Atie..atau Muiz duk panggil Titi..hehehe... 

Oleh kerana depa cuti tapi makcik depa tak cuti..maka hari2 mereka cuma lepak kat rumah..main internet..tengok movie...tengok Tv...hehehe nasib ada Astro..banyak sikit siaran Tv depa boleh pilih...

Hujung minggu yang mula2 kami pergi Wang Kelian dan Tasik Timah Taso..


Muiz yang takmau diam...nak berjalan sendiri katanya....
ohhh bajet terbang tinggi di awan

peace yo...Muiz paling seronok ada kawan kakak2 dia...

Minggu berikutnya sebelah petang jer kami pergi joging kat stadium UNIMAP...dekat jalan nak pergi Padang Besar...dekat jer dengan rumah kami

  
Minggu seterusnya kami pergi lepak di Tasik Darul Aman dekat Jitra...pergi nak dekat tengahari dah...tu yang terang semcam gambar...

Mirza Aisyah dok bertatih dengan kasut pula...

Lepas dah penat riadah tepi tasik...penat lah ko g tengah panas...kami ke Tesco Alor Setar pulak...yang dekat dengan tol tu..hah senang cari sikit...seperti biasa, Muiz kalau pergi sini, mesti nak naik kereta ajaib ni..huh ajaib lah sangat..

Itu lah sedikit sebanyak kisahnya bawa budak2 ni berjalan..penuh jugak lah aktiviti setiap minggu...ada lagi...tapi ada yang tak sempat edit gambar..gambar kat henfon...kami pergi Padang Besar, pergi kenduri kahwin pun ada...

See u next entry....bubai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan