Sisipan Warkah Seorang Maya

Rabu, 11 Februari 2015

KITA BAKOR MAKARONI PULA....KITA BAKOR!!!

Assalamualaikum...selamat sejahtera semuanya...

Hopefully everybody sihat selalu...im fine..biasalah ada sakit2 badan sikit dan fenin lalat masih belum hilang...keep counting days....hehehe... :) baru 12 weeks...oh how time flies too fast!

Hari ni nak cerita pasal masak-masak lagi...dah lama dah daku buat benda ni tapi baru ada kesempatan nak update kat blog...ok kali ni kita buat makaroni bakor (cakap Perak sikit yek...huhuhu).


Mula-mula sekali tengok bahan-bahan dulu..kalau tak cukup kena pergi cari di kedai ye.. daku guna makaroni yang beli kat kedai jual barang-barang dari Timur Tengah..brand nak tulis pun dah tak ingat..hehehe...then ada pulak cendawan butang, kentang, daging cincang, susu segar dan paling penting nak tabur kat atasnya adalah cheese..


Langkah pertama kena rebus dulu makaroni dan kentang. Dah rebus sila toskan. 
Sambil tu kita tumiskan cendawan dan daging cincang. Macam biasalah, potong bawang merah, bawang putih. Masa tumis tu jangan lupa tabur serbuk oregano. Kasi bau dan rasa nya sedap.

Sediakan loyang nak bakar makroni ni. Layer yang bawah sekali adalah makaroni dan kentang. 


Lepas tu tuang fresh milk atas lapisan makroni tadi. Then letakkan lapisan kedua tumisan daging cincang pula. Kemudian selang-selikan lagi dengan makroni semula sampai bahan habis.


Siram dengan sos tomato dan sos cili, bagi ada rasa mix pedas dan masam ye. Kalau tak suka, nak guna salah satu pun boleh aja. Then last sekali taburlah cheese sesuka hatimu :)


Sambil melapis-lapis makroni tadi jangan lupa panaskan oven ya. Then bakarlah sehingga kegaringan guna api atas dan bawah. Tadaa......dah siap.leh buat jamuan makan-makan dengan kawan-kawan ye.



Sekian sahaja....macam nak cepat je daku update ni...tata :)

Tukar Design Blog Lagi.....

Assalamualaikum........taraaaaaa....ha ha ha....tukar theme lagi nampaknya blog daku yang tak seberapa ni....nak bg cute sikit kan...so ambil templete dari thecutestblogontheblock.....


Tak sabar nak update sebab dah comel ni :)

Isnin, 19 Januari 2015

Rezeki Baby Baru Tahun 2015 ini.....

Assalamualaikum... selamat pagi...

Hari ni tak kerja..EL sebab kakak Mirza Aisyah masih demam..pagi2 cek badan masih ada panas sikit-sikit..hmmm cepat sembuh ye kakak!!!

Sejak bila pula Aisyah jadi  kakak ni? Bukan selalu panggil adik ke? hehehe.... sebenarnya sejak2 dapat tau pregnen ni, cuba ajar panggilan kakak kat dia, hmmm nampaknya dia OK aje.. :P

Alhamdulillah seperti yang dirancang, berjaya juga untuk pregnen untuk tahun 2015..hehehe selalu dok sebut dengan kawan2, tahun depan nak mengandung..nak mengandung...akhirnya Allah berikan rezeki tu..ingat ibu2 semua..mulut masin tu ada benarnya..jadi cakap yang baik2..minta yang baik2..sebab tu semua doa..(peringatan untuk diri sendiri juga huhuhu.....)

Betul-betul dapat tau mengandung awal tahun baru 2015..2 Januari 2015, pagi tu bangun2 jer rasa melayang..pening dan berangin semacam..segala rasa nak muntah ada.ingat angin daku yang bersarang ni dok kembali lagi..tapi mcm suspen pun ada sebab pengalaman 2 orang anak yang sebelum ni..memang demam dan pening tu tanda2 nya.

Walaupun pening, gagah juga pergi kerja sebab rasa macam ok dan boleh tahan lagi..tapi yang kelakarnya, elok-elok je lepas hantar Aisyah masuk ke taska terus rasa nak muntah datang..Tak sempat nak pergi mana dah, tepi  kereta jer terkeluar muntahnya...aduhaiiii...nasib baik takda orang nampak...keluar air je pun sebab belum sarapan kan...huhu hu..aduhai...lepas tu  lega sekejap.

Sampai je pejabat, masih ada rasa pening tu, dan rasa nak muntah pun ada...cadang nak keluar pergi klinik juga sebab macam rasa lain sungguh...tapi bila dah muntah lagi, lega..lepas dah makan pun rsa dah ok sikit..tak jadi pergi klinik..minta tolong husband pergi beli lauk dan singgah beli UPT kat farmasi. Bila balik rehat tengah hari Jumaat tu, terus tak sabar nak buat test UPT. Tak sabar dah nak tunggu esok pagi..kan orang kata kena buat test tu pagi2 hari kan..tapi daku dah tak menyempat dah..benda tester dah ada lah katakan...he hehe...

Dan...resultnya..positif..2 garisan merah..ho ho ho...serta merta pening pun hilang...

So, inilah rezeki tahun 2015..dengan harapan dan doa semoga semuanya baik-baik belaka..kesihatan, baby dalam perut..semoga semuanya sihat dan baik-baik aja..amin..

So this is the due date ...25 Ogos 2015.....



Rabu, 10 Disember 2014

Kisah Daun Pisang dan Kuih Limas

Assalamualaikum...selamat pagi..hari ni hari rabu..10 Disember dah..sudah hampir ke hujung tahun 2014... next year 2015...cepatkan masa berlalu...dah 2 tahun kami kat perantauan..Mirza Aisyah pun dah 2 tahun..

Lama juga tak menconteng kat blog ni..dah nak berlumut dah..banyak je ceritera tapi macam mood tak mari nak menaip :P ..so, hari ni nak cerita pasal kuih kesukaan seisi keluarga daku iaitu Kuih Limas.. pada suatu hari yang damai, tiba-tiba rasa rajin pula nak makan kuih --- ok lihat betul-betul kat sini ayatnya RAJIN NAK MAKAN...hehehe bukan rajin nak masak ye..teringat dulu-dulu bila balik kampung, request kat mak minta buat kuih limeh (kata orang Perak)...anak sedara ku panggil kuih sampan...hehehe.. sekarang? takda dah..jadi kena buat sendiri yer..nasib baik memang ingat la jugak step-step nya..so di hari minggu yang berbahagia itu, daku pun cuba masak sendiri kuih ni :)

Ok semua..jadi daku nak share cara nak buat kuih ni... mula-mula kena pastikan ada bahan utama iaitu DAUN PISANG..nak buat sampan nya.. nasib baik masih punya skil nak buat sampan ni..ok so pesanan untuk adik-adik : kalau kat rumah tu, rajin-rajin tolong mak, insyaAllah dapat ilmu dari mak kita..berguna digunakan kemudian hari :)


Nasib baik kawasan rumah ni ada sumber daun pisang asli...hehehe terima kasih kepada bekas jiran ku yang tanama pokok pisang kat sini.


Ok ini rupa sampan yang daku berjaya buat...ha ha ha buat sambil berebut dengan anak-anak..haha ha seniiii sangaatttt :P


Bahan mentah lain yang diperlukan adalah tepung gandum, gula, santan, pewarna hijau atau air pandan pun ok dan air untuk buat bancuhan. Bila sampan dah siap, susun atur di dalam tray kukus..tabur gula pasir kat dalam sampan tu sebagai dasar kuih ni. Sementara tu, periuk kukus dah boleh dipanaskan airnya.


Ok kat atas ni pula bancuhan tepung. ha ha ha gambar ni sebelum daku tapis, maaf masih berketul :).. nak cun kena tapis ye..atau bancuh cantik2 bagi sebati tak ketul2 tepungnya.

Letak sekejap sampan bergula tadi kat periuk kukus. Ok kejap ja tau, lepas tu cepat-cepat tuang bancuhan tepung yang hijau dulu. Kukus kejap sampai agak keras. Kemudian baru sendukkan bancuhan tepung yang putih pula.


 Ok..ni yang dah siap masak eh :)


Dan yang bawah ni pula....taraaaaa ...Tukang Makan...ok, daku nak habaq terus terang ja, nasib baik anak-anak sangat memberi SOKONGAN >>> maksudnya apa yang mama diorang ni masak, kebanyakannya semua diorang makan. Itulah yang paling best mendorong mama Maya suka masak..ho ho ho.. (sila abaikan karpet tu yang dah tak seindah rupa..ni kes budak-budak main bedak...abis kelabu asap karpet)




Dan yang ni pula kisah sebenar berkaitan tajuk di atas...DAUN PISANG..kerana baru-baru ni ada kes suspek denggi di kawasan rumah kami, makanya telah diarahkan projek gotong-royong..maka habislah ditebas, ditebang, dibuang segala macam sampah sarap, rumput-rumpai di keliling kawasan rumah ni..dan paling SEDIH....pokok pisang pun kena tebang sekali...waaawaaaa aduhaiiiiiii.... takda dah sumber daun pisang free nak buat kuih limas ni lagi :( padahal baru jer cakap dekat kawan mama nak buatkan kuih ni sebab payah nak dapat di pasaran..adehhh...KESIAN tak? huhuhu...so ada tak sapa2 nak tolong bagi daun pisang free lagi atau ada tak yang sudi tanamkan pokok pisang baru??? ngeh..ngeh...ngeh....sekian.Kisah daun pisang yang dah dilupuskan.

Selasa, 23 September 2014

Cucur Kentang ala-ala Potato Fritters Yang Femes tu...

Assalamualaikum...semua yang sudi membaca..... hari ni nak merepek lagi...kali ni nak merepek pasal jenis-jenis jemput-jemput atau cucuq kata orang Perlis..hehehe....

Sejak dua tiga menjak ni nampak fofular di FB dan alam maya sosial kawan-kawan dok post pasal Potato Fritters..kalau mama dok panggil cucur kentang ja.. :)

Ok..semalam abah ada kat rumah..tak lain tak bukan minta buat jemput-jemput kegemaran dia sebab dia makan nasi sekali jer..time lain nak makan benda lain...

Jadi geram jugak tengok orang dok post pasal tu kan...apa kata kita pun buat..tapi kita buat versi rumah kita2 ajer...hehehe....Disebabkan Muiz Zharif tak makan sayur kaler hijau jadi resepi ini telah diolah menjadi hak cipta sendiri...eh ade ke macam ni?? ha ha ha boleh lah yer..lagipun kan nak buat cucur je pun..mak-mak dulu pun semua pandai..tapi tak buat pula copyright ek.. :)

Ok..resepinya adalah :

2 biji kentang (2 jer sebab dah memang saiz besar) - sagat guna penyagat ajaib :P
3 senduk tepung gandum
2 batang sosej ayam
1 biji bawang merah saiz sederhana (racik halus)
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk cinnamon a.k.a. kayu manis
garam secukup rasa seadanya
air untuk sebatikan adunan

Gaulkan semua rata-rata sambil disirami air...sambil tu panaskan minyak dalam kuali..panaskan sudip/senduk yang nak guna senduk adunan ke dalam minyak panas tu supaya tak melekat nanti :)

ha ha ha poyo jer wat side by side nak bg nampak bahan

tabur serbuk cinnamon dan oregano best wo.....

mix bagi cun !
Gorenglah cucur anda satu demi satu ke dalam minyak yang panas tu...dan siaplah cucur kentang kita...makan lah sementara masih suam-suam panas dengan sos..abah nya memang nak cicah dengan cili kicap ler ape ke lagi..stailo orang Johor kan...Ok..sekian :)

tadaaaa.........dah siap cucur kentang kita..apa lagi ngappp dengan sos atau cili kicap
Oh ya...Muiz nampak sosej tu pun sibuk nak buang dan pilih2...aduhai budak seorang ni..makan memilih betullah...tu nasib baik mama tak masukkan daun bawang dan telur segala macam...adeh!

Jumpa lagi :)

Rabu, 17 September 2014

Suasana Hari Raya Yang Baru Saja Berlalu.....

Assalamualaikum... selamat hari2 yang ceria :)

Bersarang bah blog ku ini..he he he...ada idea nak cerita tapi tak sempat nak taip banyak2 kat sini...macam banyak pula yang dah kerugian untuk dicoret jadikan kenangan... :)

Okey...disebabkan baru saja berlalu Syawal dan tak berapa lama lagi dah nak raya Haji pun..maka nak conteng-conteng sikit pasal Hari Raya..

kad raya online untuk tahun ni...simple sangat sebab dah xdan nak buat yg poyo!
Raya ini kali, lebaran kali kedua di utara..so kami balik kampung paling jauh dulu di Johor JDT then baru singgah kampung daku sendiri di Perak...cuma tak sempat balik kampung di Vietnam je :P

Kalau tahun lepas, mama sempat beli sepasang je baju Mirza Aisyah sebab kecil lagi masa tu..tetapi tahun ni Aisyah ada 3 pasang baru kurung Ok! He he he..campur yang tahun lepas punya sepasang. Masih cantik sebab adik pakai time raya tu jer sebab baju besar.. :) Si abang Muiz Zharif dapat 2 pasang Baju Melayu.Ok lah kan...anak2 punya baju kalau boleh nak beli sepuluh pasang sorang, mama takda baju baru pun takpe..asalkan korang happy! Padahal tak faham pun lagi..takpe esok2 korang dah besar wahai anak2 ku korang faham lah yerk.

Raya kali kedua di rumah sekarang ni, so kali kedualah geng kuaters buat open house. Apa lagi, masing2 siap dengan port luck untuk di bawa ke jamuan..Okey, mama buat nasi beriani (dila kata nasi Arab..mana2 lah..hehehe...) dan rendang kari ayam. Ha..kepada yang baru dengar rendang kari ayam ni, ianya adalah gabungan masak kari dan rendang pada sejenis ayam..ohhh...faham!

rendang kari ayam in da' making

nasi beriani on da way
taraa....dah siap nasi and rendang :)

Ok..jiran2 kata sedap..kalau diorang tipu, diorang berdosa ok! he he he... oleh kerana ada yang kata sedap (ok di sini mama dah perasan sikit yer! huhuhu...) maka mama pun buat lah nasi ni untuk open house ni. Sebelumnya mama dah buat masa open house rumah sendiri yang tak berapa nak open..kawan2 husben kata sedap, so kita kena buat siarang ulangan. Tu pasal masak lagi sekali untuk port luck JKKKK Kg si Pening lalat... oh mai! :P

Sekian dulu....nanti bila2 senang share resepinya pula :) see ya!


Isnin, 30 Jun 2014

Ramadhan...keberkatan-mu ku nantikan...

Assalamulaikum...gud morning dear...

Salam Ramadhan buat semua...hari ni masuk hari ke2 berpuasa bagi tahun ni..Alhamdulillah.semalam selesai 1 hari berpuasa..memang ku tunggu Ramadhan ini dengan penuh suspen..terbukti banyak keberkatan di bulan Mulia ini..daku yang suspen nak berpuasa...rasa sangat bersyukur dapat juga jalani ibadah puasa dengan JAYAnya...Alhamdulillah...

Pasal apa yang daku teruja sangat ni nak cerita? haaaa.....sebabnya daku kan sakit haritu..sakit apa? hmmm...payah betul daku nak describe sakit apa..daku sendiri pun macam tak percaya..tapi percayalah bahawa daku memang dah dapat sakit tu...Siap masuk wad sebab nak doktor cari betul2 daku sakit apa...

Daku rasa bagaikan diberi peluang kedua oleh Allah...masa kena sakit tu, rasanya datang dengan tiba2 jer..rasa macam nak MATI...yer rasa macam suspen nak M.A.T.I. je masa kena sakit tu..saat itu hanya teringatkan anak-anak yang masih kecil.. jadi dengan tekad, daku mesti jaga kesihatan.terutamanya jaga makan...

Dan kerana sakit itu juga, dalam tak sedar daku dah makin susut dah a.k.a KURUS...percaya tak? seronok jugak dah kurus dengan sendirinya cuma tak seronok sebab kena menanggung sakit...tapi still rezeki daku tu ada dan murah.Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga daku selamat menjalani ibadah puasa sehingga ke penghujung Ramadhan ini..dan juga buat kamu sahabat2 ku, kaum keluargaku, sanak saudaraku dan semua yang daku sayangi.

Daa....