Sisipan Warkah Seorang Maya

Rabu, 10 Disember 2014

Kisah Daun Pisang dan Kuih Limas

Assalamualaikum...selamat pagi..hari ni hari rabu..10 Disember dah..sudah hampir ke hujung tahun 2014... next year 2015...cepatkan masa berlalu...dah 2 tahun kami kat perantauan..Mirza Aisyah pun dah 2 tahun..

Lama juga tak menconteng kat blog ni..dah nak berlumut dah..banyak je ceritera tapi macam mood tak mari nak menaip :P ..so, hari ni nak cerita pasal kuih kesukaan seisi keluarga daku iaitu Kuih Limas.. pada suatu hari yang damai, tiba-tiba rasa rajin pula nak makan kuih --- ok lihat betul-betul kat sini ayatnya RAJIN NAK MAKAN...hehehe bukan rajin nak masak ye..teringat dulu-dulu bila balik kampung, request kat mak minta buat kuih limeh (kata orang Perak)...anak sedara ku panggil kuih sampan...hehehe.. sekarang? takda dah..jadi kena buat sendiri yer..nasib baik memang ingat la jugak step-step nya..so di hari minggu yang berbahagia itu, daku pun cuba masak sendiri kuih ni :)

Ok semua..jadi daku nak share cara nak buat kuih ni... mula-mula kena pastikan ada bahan utama iaitu DAUN PISANG..nak buat sampan nya.. nasib baik masih punya skil nak buat sampan ni..ok so pesanan untuk adik-adik : kalau kat rumah tu, rajin-rajin tolong mak, insyaAllah dapat ilmu dari mak kita..berguna digunakan kemudian hari :)


Nasib baik kawasan rumah ni ada sumber daun pisang asli...hehehe terima kasih kepada bekas jiran ku yang tanama pokok pisang kat sini.


Ok ini rupa sampan yang daku berjaya buat...ha ha ha buat sambil berebut dengan anak-anak..haha ha seniiii sangaatttt :P


Bahan mentah lain yang diperlukan adalah tepung gandum, gula, santan, pewarna hijau atau air pandan pun ok dan air untuk buat bancuhan. Bila sampan dah siap, susun atur di dalam tray kukus..tabur gula pasir kat dalam sampan tu sebagai dasar kuih ni. Sementara tu, periuk kukus dah boleh dipanaskan airnya.


Ok kat atas ni pula bancuhan tepung. ha ha ha gambar ni sebelum daku tapis, maaf masih berketul :).. nak cun kena tapis ye..atau bancuh cantik2 bagi sebati tak ketul2 tepungnya.

Letak sekejap sampan bergula tadi kat periuk kukus. Ok kejap ja tau, lepas tu cepat-cepat tuang bancuhan tepung yang hijau dulu. Kukus kejap sampai agak keras. Kemudian baru sendukkan bancuhan tepung yang putih pula.


 Ok..ni yang dah siap masak eh :)


Dan yang bawah ni pula....taraaaaa ...Tukang Makan...ok, daku nak habaq terus terang ja, nasib baik anak-anak sangat memberi SOKONGAN >>> maksudnya apa yang mama diorang ni masak, kebanyakannya semua diorang makan. Itulah yang paling best mendorong mama Maya suka masak..ho ho ho.. (sila abaikan karpet tu yang dah tak seindah rupa..ni kes budak-budak main bedak...abis kelabu asap karpet)




Dan yang ni pula kisah sebenar berkaitan tajuk di atas...DAUN PISANG..kerana baru-baru ni ada kes suspek denggi di kawasan rumah kami, makanya telah diarahkan projek gotong-royong..maka habislah ditebas, ditebang, dibuang segala macam sampah sarap, rumput-rumpai di keliling kawasan rumah ni..dan paling SEDIH....pokok pisang pun kena tebang sekali...waaawaaaa aduhaiiiiiii.... takda dah sumber daun pisang free nak buat kuih limas ni lagi :( padahal baru jer cakap dekat kawan mama nak buatkan kuih ni sebab payah nak dapat di pasaran..adehhh...KESIAN tak? huhuhu...so ada tak sapa2 nak tolong bagi daun pisang free lagi atau ada tak yang sudi tanamkan pokok pisang baru??? ngeh..ngeh...ngeh....sekian.Kisah daun pisang yang dah dilupuskan.

Selasa, 23 September 2014

Cucur Kentang ala-ala Potato Fritters Yang Femes tu...

Assalamualaikum...semua yang sudi membaca..... hari ni nak merepek lagi...kali ni nak merepek pasal jenis-jenis jemput-jemput atau cucuq kata orang Perlis..hehehe....

Sejak dua tiga menjak ni nampak fofular di FB dan alam maya sosial kawan-kawan dok post pasal Potato Fritters..kalau mama dok panggil cucur kentang ja.. :)

Ok..semalam abah ada kat rumah..tak lain tak bukan minta buat jemput-jemput kegemaran dia sebab dia makan nasi sekali jer..time lain nak makan benda lain...

Jadi geram jugak tengok orang dok post pasal tu kan...apa kata kita pun buat..tapi kita buat versi rumah kita2 ajer...hehehe....Disebabkan Muiz Zharif tak makan sayur kaler hijau jadi resepi ini telah diolah menjadi hak cipta sendiri...eh ade ke macam ni?? ha ha ha boleh lah yer..lagipun kan nak buat cucur je pun..mak-mak dulu pun semua pandai..tapi tak buat pula copyright ek.. :)

Ok..resepinya adalah :

2 biji kentang (2 jer sebab dah memang saiz besar) - sagat guna penyagat ajaib :P
3 senduk tepung gandum
2 batang sosej ayam
1 biji bawang merah saiz sederhana (racik halus)
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk cinnamon a.k.a. kayu manis
garam secukup rasa seadanya
air untuk sebatikan adunan

Gaulkan semua rata-rata sambil disirami air...sambil tu panaskan minyak dalam kuali..panaskan sudip/senduk yang nak guna senduk adunan ke dalam minyak panas tu supaya tak melekat nanti :)

ha ha ha poyo jer wat side by side nak bg nampak bahan

tabur serbuk cinnamon dan oregano best wo.....

mix bagi cun !
Gorenglah cucur anda satu demi satu ke dalam minyak yang panas tu...dan siaplah cucur kentang kita...makan lah sementara masih suam-suam panas dengan sos..abah nya memang nak cicah dengan cili kicap ler ape ke lagi..stailo orang Johor kan...Ok..sekian :)

tadaaaa.........dah siap cucur kentang kita..apa lagi ngappp dengan sos atau cili kicap
Oh ya...Muiz nampak sosej tu pun sibuk nak buang dan pilih2...aduhai budak seorang ni..makan memilih betullah...tu nasib baik mama tak masukkan daun bawang dan telur segala macam...adeh!

Jumpa lagi :)

Rabu, 17 September 2014

Suasana Hari Raya Yang Baru Saja Berlalu.....

Assalamualaikum... selamat hari2 yang ceria :)

Bersarang bah blog ku ini..he he he...ada idea nak cerita tapi tak sempat nak taip banyak2 kat sini...macam banyak pula yang dah kerugian untuk dicoret jadikan kenangan... :)

Okey...disebabkan baru saja berlalu Syawal dan tak berapa lama lagi dah nak raya Haji pun..maka nak conteng-conteng sikit pasal Hari Raya..

kad raya online untuk tahun ni...simple sangat sebab dah xdan nak buat yg poyo!
Raya ini kali, lebaran kali kedua di utara..so kami balik kampung paling jauh dulu di Johor JDT then baru singgah kampung daku sendiri di Perak...cuma tak sempat balik kampung di Vietnam je :P

Kalau tahun lepas, mama sempat beli sepasang je baju Mirza Aisyah sebab kecil lagi masa tu..tetapi tahun ni Aisyah ada 3 pasang baru kurung Ok! He he he..campur yang tahun lepas punya sepasang. Masih cantik sebab adik pakai time raya tu jer sebab baju besar.. :) Si abang Muiz Zharif dapat 2 pasang Baju Melayu.Ok lah kan...anak2 punya baju kalau boleh nak beli sepuluh pasang sorang, mama takda baju baru pun takpe..asalkan korang happy! Padahal tak faham pun lagi..takpe esok2 korang dah besar wahai anak2 ku korang faham lah yerk.

Raya kali kedua di rumah sekarang ni, so kali kedualah geng kuaters buat open house. Apa lagi, masing2 siap dengan port luck untuk di bawa ke jamuan..Okey, mama buat nasi beriani (dila kata nasi Arab..mana2 lah..hehehe...) dan rendang kari ayam. Ha..kepada yang baru dengar rendang kari ayam ni, ianya adalah gabungan masak kari dan rendang pada sejenis ayam..ohhh...faham!

rendang kari ayam in da' making

nasi beriani on da way
taraa....dah siap nasi and rendang :)

Ok..jiran2 kata sedap..kalau diorang tipu, diorang berdosa ok! he he he... oleh kerana ada yang kata sedap (ok di sini mama dah perasan sikit yer! huhuhu...) maka mama pun buat lah nasi ni untuk open house ni. Sebelumnya mama dah buat masa open house rumah sendiri yang tak berapa nak open..kawan2 husben kata sedap, so kita kena buat siarang ulangan. Tu pasal masak lagi sekali untuk port luck JKKKK Kg si Pening lalat... oh mai! :P

Sekian dulu....nanti bila2 senang share resepinya pula :) see ya!


Isnin, 30 Jun 2014

Ramadhan...keberkatan-mu ku nantikan...

Assalamulaikum...gud morning dear...

Salam Ramadhan buat semua...hari ni masuk hari ke2 berpuasa bagi tahun ni..Alhamdulillah.semalam selesai 1 hari berpuasa..memang ku tunggu Ramadhan ini dengan penuh suspen..terbukti banyak keberkatan di bulan Mulia ini..daku yang suspen nak berpuasa...rasa sangat bersyukur dapat juga jalani ibadah puasa dengan JAYAnya...Alhamdulillah...

Pasal apa yang daku teruja sangat ni nak cerita? haaaa.....sebabnya daku kan sakit haritu..sakit apa? hmmm...payah betul daku nak describe sakit apa..daku sendiri pun macam tak percaya..tapi percayalah bahawa daku memang dah dapat sakit tu...Siap masuk wad sebab nak doktor cari betul2 daku sakit apa...

Daku rasa bagaikan diberi peluang kedua oleh Allah...masa kena sakit tu, rasanya datang dengan tiba2 jer..rasa macam nak MATI...yer rasa macam suspen nak M.A.T.I. je masa kena sakit tu..saat itu hanya teringatkan anak-anak yang masih kecil.. jadi dengan tekad, daku mesti jaga kesihatan.terutamanya jaga makan...

Dan kerana sakit itu juga, dalam tak sedar daku dah makin susut dah a.k.a KURUS...percaya tak? seronok jugak dah kurus dengan sendirinya cuma tak seronok sebab kena menanggung sakit...tapi still rezeki daku tu ada dan murah.Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga daku selamat menjalani ibadah puasa sehingga ke penghujung Ramadhan ini..dan juga buat kamu sahabat2 ku, kaum keluargaku, sanak saudaraku dan semua yang daku sayangi.

Daa....

Isnin, 14 April 2014

Biskut Marie pun menjadi Puding... Keledek menjadi Bingka...

Assalamualaikum...Salam ceria di hari Isnin... ceriakah anda? ha ha ha buat2 ceria sudahlah bagi mengurangkan tekanan Monday Blues...jika anda memang suka kerja, takde pun istilah blues2 semua ni kan..hapieee jer pergi kerja... :)

Bagi daku yang selalu menghadap hujung minggu yang tak ke mana-mana ni...tak sempat nak merasa kebosanan sebab budak berdua kat rumah ni dah happening sangat dah...duduk di rumah pun dah tak cukup jam..inikan pula nak berjalan-jalan...cuma sekarang ni, sebelah pagi atau petang rajin pergi taman permainan atau pusing kuarters naik beskal.. :)

So, sabtu lepas buat kek /bingka keledek kentang...ahad nya pula buat puding pelangi marie-na..hehehe nama tak boleh blah kan? biskut marie jer pun digabungkan dengan nama tuan pembuatnya...hehehe...

Bingka Keledek Kentang
Hah yang kat bawah ni gambar bingka keledek kentang daku yang sempat disnapkan gambarnya. Mudah je nak buat..mula-mula rebus kentang dan keledek. Daku guna 2 biji kentang je yang selebihnya keledek 8 biji. ni sebab keledeknya comel2 jer saiznya tu yang guna sampai lapan biji. Bila dah siap rebus, lecek-lecekkan bagi keledeknya penyek..ketepikan dulu..sambil tu pukul 2 biji telur, 1/2 cawan gula dan setengah ketul mentega 250gm tu. Tambahkan 1 cawan tepung gandum. Bila dah sebati, baru masukkan ubi yang dah dilenyek tadi. Gaul rata lagi sampai dapat adunan macam nak buat kek tu. Masukkan ke dalam loyang then bakar lah ikut oven masing2...hehehe yang kat bawah ni hasilnya. sedap dan gebus je rasanya..lembut sekali!
bingka daku dah siap bakar...tapi diterbalikkan sebelum dipotong

ni hah tekdtur dia bila dah dipotong...sedappp..lembut je isi kentang dan keledek tu
Puding Marble Marie-na
Yang kat bawah ni pula projek seterusnya iaitu puding biskut marie...perlu ada bahan2 macam dalam gambar kat bawah. Serbuk agar2, susu sejat or susu UHT full cream pun bleh, dan tentulah biskut marienya perlu ada. Mula2 masakkan serbuk agar2 dengan air dan gula dulu. Daku guna separuh jag 1 liter tu. Sebab nanti kan nak guna susu cair. Sementara tu blenderkan biskut marie, 1 tin susu cair dan susu pekat sikit. Jangan lupa patah2kan sikit biskut tu sebelum masuk blender, nanti rosak blender jangan salahkan ku..hehehe...Bila dah terendam biskut tu, baru blender.lembut skit kan..daku guna 1 baris jer biskut marie tu. Jangan banyak2, tu pun dah rasa dah..bila agar-agar tadi dah masak ok, tuangkan biskut marie yang dah dibelnder tadi. Kacau lagi sampai masak ranum. Api jangan kuat2 pulak. Sat gi hangit biskut tu...Angkat dan bahagikan ikut berapa warna yang diingini. Daku ada 2 color jer. So dapat buat 3 belang jer campur yang warna asal. Tuang di dalam bekas..bekas loyang bleh, bekas macam daku buat ni pun boleh. Bekas kecik2 ni senang nak bagi anak2 makan. bagi sudu je kat depa, pandai ler depa nak sudukan ke mulut nanti hehehe :)  Aisyah pun dah pandai nak suap sendiri. Takmau dah mama suap. Nak berdikari. Mama lepas tu kena standby ler kain mengelap sana sini...ohhhh :P
bahan -bahan asas nak guna untuk resepi ni

adunan agar-agar dan bahan-bahan blend dah siap di masak

bahagi kepada 3 color jer...

layer 1 dan layer 2 dah masuk bekas :)

dah add layer ke3 color hijau..serabut jer design..janji rasanya sedappp :)
Itulah kisah nya...asyik makan desert jer...jangan lupa minum air masak dan makan ulam banyak untuk naturalkan semula asid gula di dalam badan hehehe..... peace! :)

ni budak tecik yang kuat makan tu...ohh bergegar sebab tak diam nak snap gambar hehehe...




Rabu, 9 April 2014

Sup Sarang Burung dan kenangan di IPoh...

Assalamualaikum...selamat pagi alam maya yang indah....

macam lama pulak tak menconteng kat sini ha...templete post dah lama ada tajuk tapi dok masuk kaunter draft aje...so, hari ni ada sedikit masa nak cerita pasal Sup Sarang Burung...hehehe...

Dulu masa mama kerja di Ipoh, (dulu ler sangat yerk...hehehe) kami ada satu port makan yang best di Ipoh tu yang menjual Sup Sarang Burung...tapi kalau nak pergi situ tak boleh hari yang lapar sangat sebab tukang masak dia pukul 9 pagi baru ada..hehe...maklumlah biasa geng makan2 ni pukul 8pagi dah beratur dah pergi breakfast.

Sup sarang burung kat situ memang sedap..ingatkan apa lah sup sarang burung tu kan? rupa-rupanya bihun sup tapi bihun tu telah digoreng terlebih dulu, jadi macam suhun yang makan dengan soto tu..tapi ni bukan suhun tau, memang bihun yang kita duk wat bihun goreng atau bihun singapore tu...

Oleh kerana selalu rindukan Ipoh (ohhh Ipoh memang dekat di hatiku...) , makanya sekali-sekala dok teringat jugak kedai makan tu dan sup yang sedap itu...jadi oleh kerana mama pun ade lah ke-mahu-an untuk memasak jadi kita try buat sendiri di rumah..leh makan ikut suka dan sesedap rasa kita sendiri...huhuhu...

Caranya senang sangat...sebab bendanya cuma perlu ada sup dan bihun yang telah digoreng...kena makan to-geder2...jadi kita kena masak sup terlebih dahulu.. dalam perkara ni kita boleh sediakan sup sayur campur..the protein tu terpulang..nak ayam ke, daging ke, tulang pun ok..

ni sup sayur campur kami...memang suke kasi isi penuh periuk...

bihun yang dah digoreng rangup tau...

taruk bihun dlm mangkuk, baru tuang sup atasnya...best!

Yang bestnya masa makan bihun ni...akan dengar bunyi ssssss......bihun tu lawan dengan air sup tu..ha ha ha macam best jer...tapi disebabkan bihunnya bergoreng, takleh makan selalu...al maklumlah minyak kan..kang kolestrol terlebih pulak..hehehe

Dan paling penting..anak-anak ku Muiz Zharif dan Mirza Aisyah suka sup ayam...jadi depa memang makan benda sup sarang burung ni... okeis :)

Khamis, 20 Mac 2014

Puding Trifle Untuk Muiz dan Kawan-kawan...

Weeee.........assalamualaikum...dah lama tak conteng-conteng kat blog ni...azam jer nak rajin tapi...ehemm alahai... so hari ni kita update satu ok!

Bulan ni berita paling gempar adalah kehilangan pesawat MAS MH370...sungguh misteri..bagaimana kapal terbang yang besar dan canggih boleh hilang tanpa jejak.kalau ikut otak daku yang suka tengok CSI dan seangkatan dengannya ni, dah fikir macam2 dah....walaubagaimanapun sebagai seorang Islam, percaya bahawa kuasa Allah Maha Besar mengatasi segala-galanya yang terfikir akal kita insan yang kerdil ini. Daku doakan semoga segala usaha pencarian berhasil. Semoga dipermudahkan kerja dan usaha setiap daripada mereka yang terlibat di dalam menjejaki MH370 yang hilang...

kat sini pun ade tau...pakat ramai2 mai sign bagi kata2 sokongan, doa dan harapan...yg mana sign mama? hehehe...
Okay..selain itu, Bulan Mac adalah bulan kelahiran Muiz Zharif. So this year, on 16th of March..Muiz dah masuk 3 years old! Hooray....dah besar..alhamdulillah.bulan ni nampak sehat2 ajer...kesihatan yang memberangsangkan nampaknya..sebab tu mama tak sabaq nak bagi hangpa besar cepat2..makin kuat antibodi.dah jarang demam, selsema dan batuk...tapi ohhh semakin hangpa besaq, semakin mama "tua" ha h a ha....

So, sempena hari jadi abang Muiz, mama cadang nak buat makan-makan sikit, jemput kawan2 terdekat, jiran..al maklum lah baru pindah juga..tapi kan dah timbul isu di atas, makanya abah pun kena keja, asyik takde kat rumah...jadi kita tangguhkan dulu la jamuan tu.. cuma mama buatkan lah sedikit saguhati untuk Muiz, Aisyah dan kawan-kawan kat taska... Puding Trifle seperti di bawah...hihihi :)

Bahan-bahannya mudah sahaja... kena ada kek, kek gulung lah biasa orang guna..tapi disebabkan mama nak buat versi bekas kecik2 ni, so mama guna kek lapis apollo jer..ok kan ..potong dua je dan susun terus ke dalam bekas jadi lapisan paling bawah..

ni dia kek apollo perisa coklat
susun kek yang dah dipotong dua kat dalam bekas
Lapisan ke-2 lepas kek tu, letak kastard...senang jer...1 tin susu sejat/cair, 2 sudu besar gula dan 3 sudu besar tepung kastard. Masak atas api sederhana...kacau2 jangan sampai berketul tau...biar likat..padam api..bagi sejuk sikit..tuang atas kek tadi... 
masak kastard sampai likat macam gam cair..hehehe...
Sementara tu, masak pula agar2 peket yang 10gm tu dengan 1 liter air..campur gula sikit ikut lah rasa, sebabkan nak bagi adik2 jadi mama buat kurang manis, sebab kek tu dah manis..kastard pula dah ada rasa susu..so sedang elok ajer...
masak agar-agar kristal, mama taruh sirap rose biar kaler merah dia chantek

Buat lah proses melapis-lapis tu...sampai habis...tapi mama punya nak cepat, takdan nak lapiskan dengan buah..nak beli buah dalam tin, macam tak best jer..jadi simple macam ni pun oklah...
atas kek, letak lapisan kastard, lepas tu atas dia buh jeli pula

tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk
So..itulah puding trifle yang ringkas jer..dan kos rendah (ha ..ha...ha...), redah jer guna apa ada kat rumah.
Siap untuk dihantar kat taska untuk abang Muiz dan kawan2 dan pengasuh..he he he... takda lebih untuk kawan2 ofis mama pun..bahan ngam2 ajer... next time ok!



Jumaat, 21 Februari 2014

Pengalaman Sediakan Makanan Bayi

Salam Jumaat Penuh barakah untuk semua... assalamualaikum...

Keadaan internet tidak begitu memuaskan...macam kura-kura lawan lumba lari dengan sang arnab saja lagaknya...tapi kita masih boleh surfing and buat kerja guna line dalaman...kira oklah kan...

Hari ni nak share resepi-resepi yang pernah mama buat untuk adik Mirza Aisyah...lain kali kalau ada adik baru senang boleh refer di sini...wahahaha....ohhh bilakah masa itu akan tiba..berdebar juga :)

Masa adik umur dah masuk 6 bulan, mama start buat puree macam zaman abang Muiz dulu..sempena adik baru mama beli bekas isi puree ni yang baru..comel tak? cumel kan...hehehe beli di kedai Serbaneka Mr. D.IY je..masa ni ambil kesempatan beli di DIY dalam Tesco kat Ipoh...huhuhu rindu Ipoh, semua benda dekat dengan rumah je.

Lagi satu nak cerita, kali ni dengan Mirza Aisyah, mama langsung tidak membeli bijirin segera a.ka. Nes- tum. Masa abang Muiz dulu ada juga beli buat spare di rumah pengasuh. Tapi kali ni, TIDAK langsung..wahhhh dah rasa nak ucap syabas kat diri sendiri pula..semua mama buat home-made food untuk adik..sorrie abang Muiz! Keadaan tak sama macam dulu. Sekarang taska dengan tempat kerja dekat, jadi mama boleh ulang tengok anak-anak selalu..dekat di mata, dekat di hati... :)

bersusun bekas untuk simpan puree
ni puree isi ayam dah siap untuk dibekukan
Di dalam entri yang lepas dah pernah cerita pasal buat bubur nasi untuk Mirza..check kaedahnya di sini yer.. So subuh2 sebelum pergi kerja mama akan siapkan bekalan untuk adik sebab di taska masa tu takda buat makanan untuk baby kecik.. Yang di dalan gambar kat bawah ni cara-caranya...mula2 mama rebus dulu beras yang dah diblender halus tu, masakkan buburnya dulu, bila dah masak tu baru masukkan puree sayur yang dikehendaki dan puree ayam atau ikan atau daging tadi. Tapi masa mama tangkap pic ni, masa tu adik dah besar sikit jadi mama taruh isi ayam yang dah digoreng terlebih dahulu. Kecai-kecaikan macam kat pic di bawah ni.. Lepas tu gaulkan rata then tutup api..Sedia dihidangkan...tadaaa...

Macam tu lah hari-hari sampai adik dah boleh makan nasi biasa..barulah mama tak buat bekal dah dekat adik Mirza Aisyah..tapi bagi bekalan lain tu ada lar..cuma sekarang dah tak dibenarkan bawa bekalan makanan lagi..kena makan apa yang ada di taska saja..hmmmmm ikutlah..padahal hari risau kot2 ada makanan yang anak tak makan...
bila bubur nasi dh hampir masak, masukkan puree sayur2 n isi protein yang nak diberi

kacau biar tak berketul besar, senang baby nak makan
Gambar-gambar kat bawah ni pula antara contoh menu yang dah pernah mama buat dan sempat ambil gambarnya...yang lain ada jugak macam2 lagi mama try and error untuk Aisyah tapi takda bukti pulak hehehe...tapi yang ni main corse...bubur2 nasi...lain kali cerita masakan pula.

Bubur Nasi + Ikan Kerisi + Carrot + Kubis Bunga

Bubur Nasi + Ayam + Kentang + Kubis Bunga

Bubur nasi + Carrot + Brokoli + Ayam

Bubur nasi + Oat + Kurma + Kismis


Bubur nasi + labu + ikan bilis
Dan macam2 lagi lah...ada bayam..ada keledek..ada sawi...macam2 lar mama pelbagaikan sayur..sampai sekarang ni Aisyah masih suka makan sayur. Bravo Aisyah!

Hmm...puas hatikan dapat sediakan makanan anak dengan tangan sendiri? Cuma lebih puas hati kalau dapat suapkan sendiri..Tapi apa boleh buat..dah namanya mama korang ni bekerja kan..terpaksa rela hati anak-anak dijaga oleh pengasuh... Cuma ada satu nak beritahu anak-anak mama, walaupun tak guna pinggan, sudu, cawan yang lebih cumel drpd gambar di atas, tapi mama telah sediakan "isi"nya insyaAllah berkhasiat dan tulen dari dapur rumah kita..lebih cumel daripada makanan segera ok...hehehe... Mama ingin pastikan permulaannya bermula baik..maka tanggungjawab dikau wahai anak-anak untuk teruskan dengan yang terbaik...insyaAllah.amin. Jadi orang BAIK ok! :)

p/s : entri ini tidak bermaksud condem orang lain.lain orang lain cara.harap maklum.peace!

Isnin, 17 Februari 2014

Carrot Slice ala-ala Kedai Resepi Rahsia.. ( Secret hehehe... Recepi..) gitu..

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua...

Monday blues comes again...Hari ni daku buat housekeeping fail dan dokumen2 di dalam PC daku..sebab tak berapa lama lagi nak memulakan sesi baru untuk sistem kat tempat kerja daku ni, so lebih baik daku kemaskinikan dulu dokumen2 yang dah banyak ni..esok2 senang nak guna semula.

Sedang dok berkemas tu, dok ternampak gambar2 masa daku buat kek carrot tempoh hari..kuang3x..skemanya ayat ku ini...so nak bercerita pasal kek lobak merah ini pula...

ni carrot yang dah di racik halus..tak halus sangat lah :)
Konsep daku nak buat sesuatu ni mestilah mudah dan senang..ewh macam membawa maksud yang sama jer dua2 nya..bahan2 mudah didapati di pasaraya yang berhampiran rumah anda sahaja..

Mula-mula kena ada bahan utama seperti nama kek tersebut iaitu lobak merah a.ka. carrot..hehehe... dan yang lain adalah sama seperti nak buat kek butter... tepung kek, mentega 200gm, telur 2biji jer, gula 1 cawan...pukul gula dan mentega, dah sebati masuk telur sebiji demi sebiji...pukul lagi sampai hancuss...masukkan tepung kek slow motion..sikit demi sikit...mix lagi sampai sebati...dah comel gitu baru masukkan hirisan carrot tadi...daku guna jer penyagat yang hand-holder tu...senang bah! 

mix adunan dengan taburan carrot
Selepas dah masuk carrot, masukkan pula kismis, kalau ada kacang walnut bagus juga dimasukkan..ha ha ha hari daku buat ni baru perasan walnut takdak..heheh jadi guna yang mana ada jak...

mix dengan kismis
Tada....dah siap mix apalagi...masukkan ke dalam loyang..dan bakar ikut suhu oven masing2 yer...
ready to bake
ha.....di bawah ni lah hasilnya kek karot daku...wahahaha..... oh yer buat cream cheese sendiri yer... pukul creame cheese dengan perahan lemon dan sedikit susu pekat..tabur garam sikit..untuk rasa lemak masin manis dan masin..huhuhu uhhhh semua rase ada...  hah carrot slice daku ni ku ptong kek ke beberapa keping dan masukkan ke dalam bekas plastik tahan suhu tu..supaya senang dimakan secara berperingkat hehehe...
this is the carrot cake yang telah di slice kan...he he he...toping cheesecream yang yummehhh...

Khamis, 13 Februari 2014

Anak jadi Model Fotografi itu Hobiku.....

Assalamualaikum...
Nampak sangat ko takde keje kan hari ni??? Eh..sape kata takde..baru jer siapkan update fail Biometrik ni hah...lepas tu dok Daftar Aset kat Sistem aset yang sotpom dia SPA tu..haaa bukan Sepahtu yer...mata dah berpusing dok baca kad-kad daftar ni..haku nak rehat jap..sambil cuci mata tengok gambor anak-anak daku...

sempat tangkap gambar jer..lepas tu tempiung takmau topi tu...hehehe...

Nak citer pasal adik Mirza Aisyah...budak ni dah besar dah..dah 1 tahun 3 bulan...nampaknya Aisyah sangat berbeza dengan abang Muiz...Dia suka susu mama..hehehe...masih tak berhenti menyusu lagi Aisyah ni, walaupun atas tuntutan kerja rasa macam nak weaning off je terus..tapi bila menengok mukanya, daku tak sampai hati...oleh kerana itu, daku telah mula membekalkan susu formula (mama kata ni susu tipu) ke taska..bila balik Aisyah masih menyusu sepenuhnya..ntah ler budak ni kalau mama takda malam2 macam mana ntah...agaknya ni lah satu lagi petua kurus daku..habis semua Aisyah sedut kalori ha ha ha...
Aisyah masa 3 bulan...rambut pacak lagi hehehe...
Aisyah sangat suka membebel...dia ni tak boleh kalau nampak muka mama dia, kalau nampak mula lah nak berdukung je kojenya..nak menangis ler..macam2 ler...kat rumah tu asyik ikut mama ke mana sahaja..ke dapur, dia g dapur..ke bilik, dia g bilik...dan bla bla bla...Kalau Muiz, dia boleh duduk main sorang2 selama mana selagi dia tak boring...macam berdikari lebih..Aisyah ni ntah manja semacam...aduiiiii...

Tapi ni sindrom kalau ada Mama jer..masa kat taska tu elok jer bawa diri..Pernah 1 hari tu, daku datang intai Kak pengasuh tengah potong kuku dia, dia elok jer duduk siap bersandar kat peha pengasuh..kalau kat rumah, jangan harap..dia yang nak ketip sendiri..sebab tu kena tunggu tidur baru leh potong kuku kalau kat rumah..Makan pun mcam tu, elok jer bersuap dengan pengasuh..kalau kat rumah, semua nak suap sendiri..Ohhhh macam dah besarsangat jer kau wahai anakkku... heeee... 



Begitulah...berbeza kan anak-anak kita ni membawa personaliti masing2...ni baru daku ada dua anak.nampak dua jenis manusia..kalau dah tambah esok, ntah berapa personaliti insan lagi yang dapat daku lihat  hehehe...bajet nak tambah lagi yer! sabar...Aisyah kecik lagi...hehehe...perancangan Allah tersangat tepat :)

Muiz masa rambut panjang sikit...


Budak comel dua orang ni saya yang punyer :P
Semoga jadilah anak-anak yang beriman, berbudi pekerti, tidak lupa asal usul, hormat orang lebih tua dan capai lah apa jua yang ingin kamu capai asalkan tidak tersasar dari landasan hidup kita sebagai orang yang punya agama dan keluarga yang harus dijadikan pegangan teguh.